Check This Out Babe!

Thursday 10 July 2014

Biarlah Airmata Mengalir

Assalamualaikum

Sebagai seorang wanita air mata merupakan senjata utama untuk kita melepaskan perasaan seperti gembira dan sedih. Itulah kelebihan wanita, menangis dapat melegakan perasaan yang tertekan tak kira menangis mengadu dengan rakan-rakan, keluarga dan paling utama mengadu pada Allah.

Sebagai orang Islam, menangis kerana takut kepada Allah di atas segala dosa yang pernah dilakukan dan menghadapi kesukaran serta dugaan hidup di dunia cukup jelas melegakan hati. Jika mengadu pada manusia, tak semua faham dengan perasaan kita, yang ada hanyalah simpati. Mereka setakat mendengar sahaja dan jika mereka menangis bersama mereka adalah rakan sejati dan memahami.

Aku menangis bila melihat saudara seagamaku diperlakukan dengan kejam..Pray For Gaza. Tapi aku yakin mereka semua menjadi ahli syurga.Perjuangan mereka kerana Allah. Tidak semua orang melakukan sesuatu dengan niat kerana Allah bukan? Manusia jika berniat ikhlas kerana Allah Taala, pasti tiada pertelingkahan, hidup dalam kesederhanaan dan bersyukur sentiasa.Manusia memang tiada yang sempurna, tapi kita cuba belajar menjadi sempurna dan perbaiki kesilapan.

Tak salah kita menangis sebenarnya..lepaskanlah apa yang ada terbuku dihati...Pernahkah anda rasa bagaimana menahan diri dari menangis?Sakitkan?Jadi tak perlu nak malu..nangis jek..Pasti kamu akan rasa lega.



P/S:Pernah nangis depan boss sebab sedih nak berpisah... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...