Check This Out Babe!

Wednesday 14 May 2014

Sikap Pelayan Restoran Nasi Ayam Penyet Ria, Plaza Angsana

Begitu mulianya hati seorang pemuda Melayu yang menyuapkan makanan ke mulut seorang 
lelaki Cina OKU.
Adakah anda mampu melakukannya?

'Sangat tersentuh.. sangat2 tersentuh.
Tinggi sungguh markah waiter ni. Waktu saya lunch dgn wife di Nasi Ayam Penyet Ria plaza angsana jb, ada sorang OKU masuk ke restoran. Lelaki tua cina yang cacat anggota dan akal.
Dengan tak banyak bunyi waiter ni bagi dia duduk amek nasi dan terus suapkan makanan ke mulut dia. Suap dan layan dia makan sampai selesai sepinggan nasi. Hati saya terus terdetik mulianya sikap waiter ni. Semoga Allah selamatkan hidup budak ni dunia akhirat. Kalau saya jadi waiter blom tentu saya mampu buat benda yang sama.
Lagi best masa dah habis makan OKU tu nak bayar staff restoran tu tak ambil bayaran. Saya bangga tengok anak muda bangsa saya macam tu. Fuhhhhhh.. tinggi markah kau dik. Abang bagi A+++..'

Credit: https://www.facebook.com/ghadaffi.othman?fref=photo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...