Check This Out Babe!

Friday 28 February 2014

Jangan Tertipu Dengan Notis Ini


Assalamualaikum

Maca-macam cara penipuan berlaku sekarang ini.Tapi aku dimaklumkan isu notis panggilan temuduga bagi lepasan SPM ni tidak benar sama sekali.
Kita tak mahu mak bapak keluarkan duit untuk segala perbelanjaan then tetiba tak wujud langsung program ini.Ada baiknya mak bapak aware dengan mendapatkan maklumat terkini dari Kementerian Pendidikan Malaysia.



ISU NOTIS PANGGILAN TEMUDUGA SESI KEMASUKAN AWAL, PROGRAM SIJIL, ASASI, DIPLOMA SERTA IJAZAH YANG DIKELUARKAN OLEH JABATAN PENGURUSAN SISWAZAH


Dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerima aduan dan pertanyaan berkenaan isu ‘NOTIS PANGGILAN SESI TEMUDUGA KEMASUKAN AWAL’ yang dikeluarkan oleh JABATAN PENGURUSAN SISWAZAH seperti mana yang dipaparkan di dalam imej berikut;


Sehubungan dengan itu, ditegaskan bahawa KPM tidak pernah mengeluarkan atau mengedarkan sebarang bentuk notis panggilan temuduga kepada orang awam dan tidak pernah menganjurkan sebarang program sesi kemasukan awal bagi program-program pengajian yang ditawarkan seperti iklan berkenaan.

KPM juga tiada kaitan dengan iklan berkenaan dan menegaskan supaya orang awam berhati-hati dan tidak terpedaya dengan iklan tersebut.
Sebarang pertanyaan berhubung isu kemasukan pelajar boleh dirujuk kepada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi melalui talian 03-8870 6767 / 6777 atau dengan melayari Laman Web Rasmi Kemasukan di http://upu.moe.gov.my

Sumber:KPM



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...