Check This Out Babe!

Friday 29 November 2013

Bila Diarahkan Pindah

Assalamualaikum

Berdebar-debar bila mendapat berita tergempak, satu rombakan besar-besaran bagi jawatan profesional supaya berpindah dan ditempatkan ke pejabat baru.Saya Yang Menurut Perintah!! Itu adalah perkataan yang wajib melekat dihati setiap penjawat awam..ngaaa...

Alhamdulillah aku ditempatkan di pejabat lain kategori dekat iaitu Putrajaya.Dekatler tu..ha ah..dekat dengan Alamanda, dekat dengan rumah mertua aku tetapi jauh skit dari rumah aku.Jauh sangatlah padahal Subang jek..Aku rasa jauh sebab aku takde public transport. Aku pasti rindukan komuter, SOGO, Pertama Kompleks, kedai buku uncle kat Pertama Kompleks, Medan Mara yang maca-macam ada kedai dan butik and saloon.I'm gonna miss everything in KL.Macamlah kau tak boleh pergi..Sedihs..aku terpaksa keluar dari KL.Aku pasti rindukan kesibukan bandar Kuala Lumpur nan indah.Rindu lepak dengan kenkawan makan roti canai sardin CT di Pertama Kompleks..huwaaa....

Ada benefitnya juga aku berpindah sebenarnya.Aku akan mendapat environment baru yang huhuh taktau nak cerita macamana, fikir positif dan berkhidmat untuk anak bangsa. Sekurang-kurangnya aku dapat pengalaman baru bekerja dengan pelbagai manusia. Kita perlu keluar dari kepompong sebenarnya.Lagipun, aku cepat busan kalau duduk satu tempat lama-lama..paling lama 4 tahun bekerja dalam satu tempat pun dah buat otak aku lembab.Almaklumlah aku suka kerja yang mencabar dan menguji minda.I like to think and thinking a lot.

Think positive, tawakal dan redha..Ada sesetengah orang tak boleh hadapi jika diarahkan bertukar tempat kerja. Memang tak dapat dinafikan kerana melibatkan keluarga dan kewangan. Bagi yang bekerja dekat dengan tempat tinggal, apabila diarahkan berpindah tempat jauh..pasti hati meraung..Apapun kita harus cuba, mana tahu tempat baru itu nanti memberi manfaat dalam kerjaya dan masa depan. Itu bagi yang pentingkan karier.Itulah cabaran penjawat awam, kita telah pun berjanji akan bekerja tidak kira di mana saja demi negara.





Monday 25 November 2013

Facebook You Wake Me Up

Assalamualaikum


Segalanya sudah terbukti dan nyata...kali ini aku operasi block people dalam facebook iaitu orang yang kita percayai.Namun jika ia memudaratkan adalah lebih baik kita singkirkan.Tak kiralah sahabat handai atau saudara mara.
Baru-baru ini sahabat aku bercuti ke Port Dickson, menjadi isu dan buah mulut oleh orang lain..Who cares..lantaklah kan.Bukan usik hidup orang lain pun. Bahana facebook ni memang dahsyat.Hubungan kekeluargaan menjadi renggang apabila ada sesetengah mereka tak puashati dengan aktiviti atau kegiatan yang agak-agak menyenangkan hidup.Tolonglah itu adalah life masing-masing,untuk apa kamu nak cemburu dan sakit hati.

Kes aku pula, sampai seluar dalam pun nak usik.Itu jika melibatkan keluarga.Kadang-kadang kita post gambar kita makan di restoran yang agak mewah pun orang nak sibuk.Adoii..kalau aku kaya sekalipun, suka hati aku nak makan apa.Lagipun bukan kau tahu aku belanja pada siapa dan bersedakah pada siapa.Itu hak aku.Takkan aku nak tayang satu dunia buat amal ibadah.

Sama juga if menulis dalam blog, ramai juga yang tidak berpuashati dengan kehidupan masing-masing.Contohnya orang kaya sharing pengalaman dan kemewahan yang dimiliki.Kita sebagai orang luar baca je kalau suka, tak suka tak perlu kita kondem dia.Itu hak dan rezeki dia..

Tapi apa yang aku nampak kebanyakkan orang Melayu baik dalam keluarga mahupun sahabat handai,pasti ada sedikit sifat dengki.Bila tak suka..siap berdakwah..padahal diri sendiri pun masih tak betul.Cermin diri sendiri jangan asyik menunding jari pada orang lain yang sedikit pun tak kisah dengan kehidupan orang lain.So sesiapa yang ada facebook tu,if ada stalker dan agak-agak rasa macam sampah je dalam friendlist korang, baik delete or block jek.so tak payah juga nak tengok feeds dia. 



Friday 22 November 2013

Part II:Melbourne Aku Datang!

Assalamualaikum

Aku nak sambung cerita pasal pengembaraan ke Melbourne, lagi syiok tenang je otak melihat keindahan dan kedamaian di Philip Island.Malaysia memang negara aman, tapi kalau pokok banyak kena tebang,kehijauan dan kesejukan semakin berkurangan di Malaysia especially Cameron Highland, maka kurang indah dah.
Too release our stress it's better go somewhere which can make our mind stay cool and peace.

Pagi-pagi sampai di Philips Island, kami ke Cowes di mana dalam usaha mencari motel yang kami sewa. Kul 8 sampai ke motel.Kalau nak diikutkan kena check in jam 12.Tetapi aku pi juga dan buat muka 10 sen nak check in awal sebab letih dan ada children.Memang aku rekomen motel ni kerana mereka sangat2 friendly dan helpful. 

Tidurlah kat Seahorse Motel ye, if u guys pergi Philips Island pergi ke arah Cowes. Ada banyak motel di sana tapi daripada Booking.com, Seahorse Motel offers harga yang agak berpatutan dan layanan yang baik. Kami tido dalam kesejukan di rumah batu ni, walau ada heater tapi tetap pakai stokin dan nak mandi pun malas..hahah (kami mandi tau..)

Seronok bawak anak-anak di sini sebab ada facilities for them.Apalagi..heaven bila jumpa playground.

Masa ni pagi-pagi dah main buai

This is Seahorse Motel...


Time to sleep, continue semula tido after 8 hours in flights.Timing tido dah lari..

Petang kul 2 baru kami mulakan lawatan sambil belajar.Hari ini belajar cara-cara bela koala


Koala Conservation..tempat ni merupakan kawasan terkawal dan koala suka bertenggek atas pokok.20 jam sehari tido je kejenya..yang 4 jam lagi masa untuk makan.Gemokkan badan je dia tau..


Misi mencari koala


Aku sebenarnya tak tahan dengan bau hancing kencing koala ni.Pokok semua dah botak-botak dek dikerjakan koala.Kalau dah makan tido atas pokok..membuang pun dari atas je lar..


Peace from us..love Koala


Masa nilah kita belajar ilmu zoologi..tentang habitat koala.Twins apa tau..mengusik jek.Tapi as parents perlulah kita explained tentang haiwan-haiwan yang hampir pupus ni.


See Koala Bear tak habis-habis kerjakan pokok.

Posing skit kat kereta sewa kami



 Lepas melawat makcik Koala, kami singgah kejap The Maze Things.Malas nak masuk sebab cam tak best..haha..padahal nak masuk bayar tiket lagi.Cam bazir jek, so kami gerak ke tempat lain.Bawak toddlers ni semua ke Wildlife Park.Tiket dalam 16 aud tapi ada free dedak.Diorang suh kita feeding all the animals kecuali binatang apa tah..nanti kena gigit.







Humairah memang berani bagi kanggaroo makan

Kanggaroo ni dah tak kuasa layan kami sebab dah kenyang kebuntat.Kalau dari pagi pelawat datang bagi makan, sampai petang naik muntah.Ntah-ntah dia dah mual makan banyak

Masa ni Mairah bagi kanggaroo makan, then burung 2 ekor tu..angsa ler tu, dah standby nak menyudu.Kami memang kelam kabut lari takut kene gigit.Sakit woo..aku pernah kena gigit dengan angsa kat kampung.



Bagi makan dengan kasih sayang..

Cuba teka binatang apa ni?Sedap masak kari atau rendang..Ok then to be continue..heheh





We Love Asia Presents AVICII!

Wake Me Up ..Avicii!!!!!!!!!!!

Fallin in love with this Swedish guy..Avicii





5 reasons why i should join Avicii @ Sepang International Circuit this coming 30 November.

1. The combination of the lyrics and the beat really motivates me while i'm working out or when i feel down. Keep up the good work  Avicii!

2. Kenangan tak dapat dilupakan semasa perjalanan ke Melbourne,the radio keeps playing his songs..best giler and baru ada feel travelling

3. I'm alive with the music,keeps shaking for the whole body

4. Suite with my age..beating the heart and keep me younger than my age..ahhaha, super cool music

5. Hey brother.. won't you shake your body and head when the music playing in your ears..it's really cool. Songs like this keeps you going




"Wake Me Up"


Feeling my way through the darkness
Guided by a beating heart
I can't tell where the journey will end
But I know where to start

They tell me I'm too young to understand
They say I'm caught up in a dream
Well life will pass me by if I don't open up my eyes
Well that's fine by me

[2x]
So wake me up when it's all over
When I'm wiser and I'm older
All this time I was finding myself
And I didn't know I was lost

I tried carrying the weight of the world
But I only have two hands
Hope I get the chance to travel the world
But I don't have any plans

Wish that I could stay forever this young
Not afraid to close my eyes
Life's a game made for everyone
And love is the prize

[2x]
So wake me up when it's all over
When I'm wiser and I'm older
All this time I was finding myself
And I didn't know I was lost

Didn't know I was lost
I didn't know I was lost
I didn't know I was lost
I didn't know (didn't know, didn't know) 

Thursday 21 November 2013

Perlu Cuba Hadapi

Assalamualaikum

Manusia memang tiada yang sempurna dalam dunia ni, tetapi jika kita cuba membahagiakan orang yang kita sayang dengan ikhlas dan jujur pasti hidup kita tenang dan sempurna. Kita akan rasa bahagia bila menggembirakan orang yang kita sayang.Kenapa perlu menyakiti hati orang yang kita sayang?

Adakalanya terpaksa kerana keadaan yang terlalu sulit untuk diungkaikan.Tapi jika hati itu diletakkan pada mangsa yang disakiti pasti kita akan rasa sakit juga.Bohong jika aku menafikan hati aku redha dalam sesuatu perkara.Kadangkala walau kita cuba untuk "let go" tapi dibenak hati dan akal pasti memikirkannya..why must me!!!




Wednesday 20 November 2013

Susah Sangat Ke?Just say lah



Just say lah



Just say lah!!Shout out what you want..nak kutuk or maki bos ke..betina kacau laki kau ke,jantan ngorat kau tapi tak hingin.Apa aku mengarut ni..hahah..Just kata apa yang korang nak. Ok join Nando's Just say lah di http://www.mediacliq.net/Nandos_justsaylah/edmNov/







Please vote this quotes ok..hehehe, vote jangan tak vote

Love someone? Confess! Farted in the lift? Say sorry. 
Angry? Be honest, before you explode. 

Have something to say to someone in your life but never did? 
At Nando's, we want you to feel free to express what you're really thinking of. 
Now pluck out the courage and just say lah! Can win something one, you know?

The 3 most interesting expressions of the week will receive meal 
vouchers and limited edition hones-tees (t-shirts).


At Nando's, we want you to feel free to express what you're really thinking of.

So pilih antara banyak-banyak ni..then tulislah apa yang korang rasa.

Aku harap dapatler hadiah meal voucher..bolehler makan ayam Nando's dengan
sos peri-peri yang lazat tu.This is my favourite chicken especially ayam dengan grill vege...yummylicious..Korang tau tak..aku dulu makan Nando's ni dengan teman special..
patut aku dedicate kat dia je quotes.. ahhaha..
Oklaa join ya dan sila vote quotes aku..Happy Wednesday

Tuesday 19 November 2013

Panas Hati..Istighfar

Ya Allah..kuatnya dugaan yang kau berikan padaku..berikanlah pencahayaan,kemudahan dalam segalanya..




Saturday 16 November 2013

Independent Distributor Shaklee

I am Independent Distributor SHAKLEE

Semua orang duk sibuk menjual SHAKLEE, aku pun nak jugak..sebab boleh sihat dan jana income.Actually aku focus kat diri aku dan bila mendapat feedback positive dan ada customer mengorder dari aku,so tak rugi jika berkongsi kelebihan pproduct Shaklee ni.
Aku nak share experience makan GLA which is one of the famous vitamin yang wanita wajar makan.Jika korang ada masalah period pain or period tak teratur boleh makan GLA. Since makan GLA ni memang takde rasa sakit-sakit dan period keluar dengan lancarnya.Ada juga yang mengalami cycst,endometriosis and fibroid menjadi kecut setelah makan GLA.




 No. ID: 1079123


Makan 2 biji sehari jika bermasalah, makan sebiji sahaja jika nak kulit cantik dan lambat tua.
.
Borage oil, Sunflower oil and Vitamin E
Shaklee GLA Complex is a combination of borage oil, which contains a natural highly concentration of gamma linolenic acid (GLA), linoleic acid (LA), sunflower oil and vitamin E.

Promote well-being during monthly cycle
Gamma linolenic acid has been traditionally used to relieve menstrual pain, headache, regulate menstruation and to relieve symptoms of menopause.*

No artificial flavours, sweeteners, colours, or preservatives added.

1Fann YY, Chapkins RS.Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. Journal of Nutrition. 7998;128:1411-1414


Sesiapa yang nak memberi multivitamin Shaklee bole guna ID aku yer.. 
Anyway sekarang ni sesiapa yang nak beli ViVix ada offer beli 6 botol dapat FREE 1.
So apa kelebihan Vivix ni
 
 Vivix kaya dengan Resveratrol yang diekstrak dari Bahan semulajadi seperti di dalam gambar.

Resveratrol kebiasaannya melindungi badan dari penyakit termasuk:

Penyakit Jantung : Resveratrol membantu mengurangkan keradangan, melindungi pengoksidaan LDL 'kolestrol jahat'.

Kanser : Resveratrol akan mengehadkan pembiakan sel-sel kanser dan akan menggalakkan proses perencatan sel kanser (apoptosis).

Penyakit Alzheimer's : Resveratrol akan melindungi daripada kerosakan sel saraf dan pembinaan plak yang membawa kepada penyakit Alzheimer.

Diabetes : Resveratrol membantu menghalang 'insulin resistance', keadaan dimana badan menjadi kurang sensitif terhadap kesan hormon mengurangkan gula dalam darah. 'Insulin resistance' akan membawa kepada diabetes.

Didalam satu penemuan utama, kajian klinikal terkini menunjukkan ramuan aktif Vivix™ berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular.

Melawan penuaan pada tahap sellular dan lebih dari itu.

Didalam kajian makmal, ramuan Vivix™ telah menunjukkan ia memberi impak kepada empat mekanisma utaa penuaan pada tahap sellular:

>melindungi dan membaiki sellular DNA
>memberi impak positif kepada pengawalan genetik
>menggalakan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria
>melambatkan pembentukan protein AGE (Advanced Glycation End products)


HARIAN METRO 22/1/2010
Bantu lambat penuaan wajah
Oleh Siti Zarinah Sahibsitizarinah
@hmetro.com.my

RAMAI wanita bimbang dengan proses penuaan yang berlaku pada wajah. Namun penuaan adalah proses semula jadi yang tidak dapat dielakkan.
RAMAI wanita bimbang dengan proses penuaan yang berlaku pada wajah. Namun penuaan adalah proses semula jadi yang tidak dapat dielakkan. Penuaan membabitkan kemerosotan fungsi organ dan sel dalam sistem tubuh yang berlaku secara berperingkat ketika usia meningkat. Proses itu menyebabkan berlaku perubahan fizikal dan fisiologi yang tentunya menakutkan wanita. Namun proses berkenaan berbeza antara individu, bergantung kepada genetik, diet, gaya hidup dan persekitaran.
Perubahan fizikal disebabkan proses penuaan ini termasuk rambut menipis dan mula beruban, kulit menipis dan kurang anjal serta muncul garis halus. Tenaga semakin berkurangan malah lemak mula terkumpul sehingga menyukarkan seseorang mendapatkan berat badan yang ideal. Malah proses penuaan juga akan menyebabkan muncul pelbagai penyakit termasuk kemerosotan sistem daya tahan melawan penyakit, kerapuhan tulang serta kurang daya penglihatan.
Anggur muskat yang juga dikenali sebagai anggur nombor satu di Amerika menimbulkan kekecohan di kalangan masyarakat kerana kebaikannya yang boleh membuatkan kulit bertambah muda serta memberi kesihatan berpanjangan. Anggur muskat dan bijinya adalah satu daripada sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri antiradang. Ini kerana sebatian phenolik tertumpu pada bahagian biji. Jika dibandingkan anggur lain, ia mempunyai 40 kali ganda lebih polifenol yang terdapat dalam arak merah yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah selain melambatkan proses penuaan. 

Selain anggur muskat, tumbuh-tumbuhan lain yang baik untuk kesihatan serta agen penuaan ialah elderberi. Ia adalah tumbuhan lasak tanah lembap di sepanjang tepi jalan dan sungai hanya di Eropah dan Amerika Utara. Elderberi sudah digunakan sekian lama dalam perubatan tradisional bagi mengubati asma, sembelit, artritis dan selesema. Tumbuhan ini adalah antioksidan yang kuat dan melindungi sel daripada kerosakan disebabkan toksin alam sekitar, diet tidak seimbang serta tekanan.

Polygonum cuspidatum sejenis pokok saka terbesar di Asia adalah sumber semula jadi resveratrol sama seperti yang terdapat pada kulit anggur merah dan biji anggur merah. Tumbuhan ini mempunyai banyak faedah kesihatan dan sering terdapat dalam produk antipenuaan. Ini kerana kandungan resveratrol membantu memperlahankan proses penuaan, merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah dan mengurangkan lebihan lemak yang tidak diperlukan tubuh.
Akhir sekali lobak ungu adalah sumber vitamin A terbaik, mengandungi fitokimia yang mengandungi antioksidan, antibakteria, antiradang penyakit serta mengurangkan risiko penyakit jantung. Jenama produk kesihatan terkenal Shaklee memperkenalkan minuman kesihatan Vivix Botanical Beverage Mix yang menghimpunkan semua kebaikan tumbuhan berkenaan.

Malah ia adalah produk terlaris dengan jualan sejuta botol sejak tahun pertama diperkenalkan di Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Menurut Ketua Pegawai Saintis Shaklee Corporation Amerika Syarikat, Dr Carsten R Smidt, Vivix adalah kuasa baru menghalang proses penuaan wajah.
Kandungan anggur muskat, elderberi, lobak ungu dan polygonum cuspidatum terbukti membantu untuk melawan penyakit serta melambatkan proses penuaan. "Kajian yang dijalankan membuktikan kandungan dalam tumbuh-tumbuhan terutama anggur muskat memberi tindak balas melawan agen penuaan.
"Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya. Menurut Carsten, Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.
Vivix boleh didapati menerusi harga ahli Shaklee di semua cawangan Shaklee seluruh negara.




Wednesday 13 November 2013

Part I:Melbourne Aku Datang!

Assalamualaikum

Finally tiba juga ke Melbourne dengan penerbangan Airbus Air Asia yang diuruskan oleh AirasiaX.Awat aku plak jadi duta AirAsia ni.Penerbangan yang menelan masa selama 8 jam membuatkan aku agak sibuk mengawal si kembar.Naik je pesawat anak aku dah mula meragam, 'Mama adik nak berak..mama kakak nak berak!'Adoii..masa before naik flight taknak berak siap-siap.Bila pi toilet yang agak-agak muat seorang jek semua mengekor.Bukan nak duduk diam dengan papanya.Aku nak kencing, diorang berdua ikut jugak.Rasanya sepanjang masa 8 jam di dalam pesawat,adalah lebih 5 kali pi tandas.Tukar pampers,cuci botol susu, buang air besar dan kecik. Perasan malu pun ada sebab orang duk perhatikan kami begitu aktif bergerak dan ada anak-anak yang aktif serta inovatif.Pfftt..

8 jam dalam kapal terbang memang sangat-sangat busan.Munirah sedap tido dalam flight manakala si kakak tak tido-tido asyik main jek. Sampai minah salleh duk perati anak aku buat apa.Kalau ko nak selesa pi duduk kat business class..kami bayar tiket bukan murah pun. Now everybody can fly..

Still at LCCT,sempat lagi kami berposing

Masa ni pukul 1 pagi waktu Melbourne.Humairah dah tak tahan kesejukan.Papa tengah mencari rental car kat mana. Kesian tengok anak-anak tak tahan sejuk.

Sempat posing pepagi buta

Masa ni kami terpaksa bergerak ke Hertz pick up kereta. By the way aku tak sarankan amik Hertz..nanti aku cerita kenapa..rasa time tu sedih giler..

Inilah airport Melbourne

Walaupun kul 1 pagi masih ada bas awam.Di Malaysia kul 11 last bas operasi kan?

Parkroyal Melbourne Airport

DFP South Wharf ni tempat wajib kena pergi.Memang barang agak murah..masa ni kami on da way ke Philip Island

Suasa pagi jam 2 ke Philip Island.

Aku nak share pengalaman pahit menyewa kereta dengan Hertz.Dari awal lagi aku dah bayar full amount sewa kereta. Aku request juga tol city link, 2 nos baby car seat dan GPS.3 item ni aku kena bayar bila pick up kereta.Seharusnya Hertz bagi quotation yang jelas..korang bayangkan kereta aku sewa je dah RM1300. Then untuk bayar kesemua 2 nos baby car seat+tol city link+GPS+insurance menjadi 600aud  which is almost RM2000. Pastikan ada kad kredit dan dalam kad tu ada banyak duit..fuh..

Pada mulanya aku dah kira baby car seat 15aud each, GPS 15.40aud takdelaa banyak giler semua tu..kami cam nak nangis dah sebab kena bayar banyak-banyak.Aku dah terbayang..kalau kami tak dapat kereta terpaksa menginap di Melbourne City dan tunggu hari nak balik jek.Hati dah sedih ni.Hertz memang banyak hidden charges.Even kenkawan aku pun dah cakap...haa tu taknak dengar.Lenkali korang datang Melbourne sewa dengan Avis..jangan Hertz. Memang ini kelemahan Hertz, paksa orang bayar dan ada hidden charges.Orang yang makan angin sure ada budget, bukan hartawan main swap kad beribu-ribu.Laki aku kata kat UK ok jek..aku cakap ini kat Melbourne.Yang aku hangin GPS kena sewa sekali dengan satelite semua 77aud per day..gilo apa. Masa email lain..macam ni punya business.
Last-last aku gunakan goodle maps..memang pening dan stress juga kami gunakannya sebab tak biasa jalan Melbourne, highway memang tak banyak signage kadang-kadang confused.Sedih tau..huhu.Tapi Alhamdulillah dengan adanya kemudahan google maps, berjaya sampai ke destinasi.

Kesian anak mama letih

Adik mengamuk taknak duduk baby seat, siap cakap macamana nak tido, macamana nak baring.Aku buat bodo jek..last-last dia tertido.

On da way ke Philip Island.Masa ni kul 6 pagi tapi dah maacm kul 7 pagi.Yang lawak kami kul 4 berhenti di tepi station minyak, lelap kejap tetiba dah terang..


Lebih kurang jalan dalam Malaysia jek

Sejuk mata memandang rumput..otak rasa fresh

Masa ni aku dah lapar dan geram tengok lembu.Buat steak sedap ni

Suasana pagi di Philip Island





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...