Check This Out Babe!

Tuesday 20 August 2013

Wahai Sang Suami

Assalamualaikum

Sana sini bercerita tentang suami memukul isteri di hadapan anak-anak.Pada hemah aku macamana sekalipun sikap isteri yang dikatakan suka membebel dan sewaktu dengannya ada puncanya.Wahai lelaki, sememangnya isteri adalah tanggungjawabmu untuk mendidik mereka ke jalan yang diredhai dan menjadi isteri taat dan solehah. Namun, tak terdetikkah engkau suami,dirimu sendiri pun masih belum teguh,soleh,bertanggungjawab dan beradab dengan isteri.
Apa yang aku nampak,lalui,pengalaman rakan dan pengajaran dari sekeliling..ramai wanita yang lebih teraniaya.Kekuatan isteri dan semangat adalah keberkatan dan melalui kepimpinan dari seorang suami.Suami perlu ingat, dia adalah pemimpin yang harus memimpin. Ibu bapa adalah leader..contoh kepada anak-anak.Jika anak seorang yang berhemah dan beradab semua adalah hasil didikan ibu bapa.
Seharusnya kita tak perlu menunding jari di antara satu sama lain.Manusia tidak ada yang sempurna dan jangan buat hidup ini terlalu complicated.
We should be happy with our life dan penuhi hidup ini dengan kasih sayang..

Wahai suami,
Jika kau mahu isterimu beradab,maka beradablah kamu
Jika kau mahu isteri menjadi isteri yang taat dan solehah..solehlah kamu
Jika kau masih ada kekurangan terimalah kekurangan isterimu
Jika kau mahu mendidik isterimu didiklah dengan cara berhemah dan penuh kasih sayang
Jika kau mahu hidup hingga ke jannah bersama isterimu pimpinlah isterimu ke jalan yang benar dan diredhai

Wahai suami,
Bukan cara memukul,menghina dan memaki isteri untuk mengajarinya
Bukan cara membiarkan isteri tergantung tak bertali hingga terlungkup menyembah bumi
Bukan cara mengaibkan kelemahan yang ada pada isteri sebagai pemuas amarah,benci dan dendam
Bukan cara menghukum dan menabur duka dalam hati isteri tanda kepuasan


Ingatlah..ijab dan qabul, janji kamu dengan Allah..agar menjaga,memimpin isteri ke jalan yang diredhaiNya


p/s:Belasah hati diri sendiri kerana masih ada kekurangan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...