Check This Out Babe!

Tuesday 11 June 2013

TIPS : Membeli Kain Untuk Tempahan (Luahan Tukang Jahit)

Assalamualaikum


Siapa nak tempah jahit baju raya!


Tak lama lagi nak puasa, dah habis ganti belum?Bagi yang belum tu segeralah berbuat demikian.Jangan asyik excited nak raya jek..sibuk sana sini nak buat persiapan sambut hari raya.Termasuklah diri aku ni yang sibuk nak buat baju fesyen itu ini.Kami memang selalu beli kain sama jek,senang baik twins,mama dan papa.

Oklaa, i found this tips from my group SIM.It's good knowledge to be shared.Bagi bloggers wanita atau anak dara di luar sana,jika mahu membeli kain perlu hati-hati. Baik di Gulatis or Jakel or Harrisons or sewaktu dengannya.Jika korang membeli kain yang siap potong, sila ukur kain dengan badan sendiri. Semua orang ada saiz XS,S,M,L,XXL so that u must know bidang kain dan panjang kain semua.Kalau tak cukup jadi baju tak cukup kain..sexy yo..

Di Bawah adalah luahan hati si tukang jahit yang perlu korang ambik perhatian.

1- Untuk kawan-kawan yang bersaiz XS, S dan M .Anda boleh membeli kain siap di potong yang banyak di jual,TAPI JANGAN beli kain  yang jenis berkaki, Sebab kain yang siap 
dipotong KEBIASAANNYA tidak cukup 4m walaupun dikatakan 4M, Tak caya sukat kain tu, SELALUNYA 38" sahaja utk 1m, PENIPUAN Yang orang tidak sedar.  BELI Kain minima 4.2M, Kain yg di potong di kedai kain Untuk Kain  yang berkaki atau yang ada border sahaja Untuk kain yang corak bertabur tidak menjadi masalah sekiranya  anda membeli yang siap di potong

2- Untuk Kawan-kawan yang bersaiz L onwards
    TOLONG La JANGAN BELI yang siap di potong Walaupun sangat cantik,
    a- Kalau kain Berkaki atau ada border, tolong beli 4.5m
    b- Kalau corak berterabur Tolong beli minima 4.3 m
    c- Kalau Kain Printed (Batik Crepe Yang cantik peknya)
        tolong buka dan tengok coraknya dulu, TAK SESUAI utk
        saiz XL onwards

3- Untuk Peminat Kain jenis Lace atau nak buat baju bertunang,
    Nikah atau apa-apa saja
    a-  TOLONG LA JANGAN Beli yang siap di potong.
    Cth: Kalau siap dipasang dengan kain sateen, JANGAN lah BELI!Sebab Kain lace tu akan jadi 37" saja per meter, tak cukup pun untuk jahit sehelai baju yang    selesa, biasanya peniaga kain akan bagi 2m kain lace dan 4m kain sateen. Kain Lace sahaja tolong beli 2.5M sekiranya bidangnya 42",  kalau bidang kain lace tu 52" dan bordernya sama atas dan bawah boleh beli 2M sahaja

Saya rasa setakat ini perkongsian saya, harap dapat membantu
mengurangkan stress tukang jahit akibat tak cukup kain terpaksa 
di tampal sana sini, jangan mara....sekiranya terpaksa bayar lebih

Ikhlas dari
Puan Sharipah (Asz Design)
Panel Pembangun Modul untuk Jab. pembangunan Kemahiran


Gunting ni macam mak aku punya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...