Check This Out Babe!

Wednesday 12 September 2012

Kena Marah Sebab Anak Sakit

Assalamualaikum

Anak adalah anugerah Allah yang perlu kita jaga, sayangi dan lindungi selain membimbing mereka menjadi anak yang solehah dan soleh. Pagi ini aku telah ditegur dan dimarah agak keras oleh senior officer.Hati aku sebak dan hiba sebab aku tak dapat laksanakan tugasku outstation dan menguruskan tugasku kerana anak2 ku tak sihat dan demam pana.
Agak lama mereka tak demam, suddenly time yang agak kritikal ni juga kejadian menimpaku.Aku pun terpaut sama kena low blood pressure.Maybe letih melayan kerenah mereka meragam, tantrums serta menjaga mereka demam. Walaupun aku ada maid, tapi aku tak percaya kepada maid.Bila anak sakit dan mahu sihat ibu bapa perlu ada di sisi.Suami terpaksa ambil half day kerana twins demam panas.Malam tu memang dah panas sampai kena ubat sub (vorren) then each 6 hours bagi ubat demam.Aku dah maklumkan pada dia malam tu aku tak pasti boleh pergi bergantung kepada keadaan baby.
Esoknya badan baby masih panas dan aku memang tak dapat mengelak lagi.Aku tak sampai hati tinggalkan anak macam tu saja.Itulah naluri ibu...anak sakit mestilah susah hati.

Aku masuk office hari ini dan senior officer marah aku dan tidak puashati.Dia kata memang dia marah sangat.Sepatutnya bagi anak ubat setiap 4 jam then jika ada kematian, kemalangan atau masuk hospital dia masih boleh terima.Aku dah minta maaf dan SPEECHLESS kerana aku ingat dia faham situasi aku.Rupanya aku tersalah tafsir, ada lagi manusia yang tidak faham walau kita baik macam manapun.Aku fikir tanpa aku kerja itu gagal ke?

Aku memang maklumkan aku tak dapat elak lagi dengan keadaan aku.Lebih-lebih lagi suamiku memang berat melepaskan aku kerja jauh kerana anak.Ya..anaklah segalanya dan harta dunia akhirat.Aku trauma dengan kisah kawan ibu mertuaku, anak sakit dan biarkan maid yang jaga, suddenly anak dia terencat akal kerana tindakan dia percayakan pada maid atau oranglain dari menjaga sendiri.Kerana KERJA.


Sebagai ibu, tanggungjawab kita adalah anak dan keluarga.Semua itu tidak boleh dibeli dan kerja memang tanggungjawab tapi masalah boleh diatasi dan diselesaikan jika ada persefahaman dan toleransi.Jika bekerja seperti keluarga..perlukah MARAH?

p/s:Sabar dan redha ketentuan-Nya

1 comment:

  1. sabar ye dugaan yang agak berat bila rakan setugas tak memahami keadaan kita.

    Moga twin cepat sembuh dari demam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...