Check This Out Babe!

Wednesday 19 September 2012

Baiknya Hati Abby Fana

Assalamualaikum

Akak sebelah partitionku buka radio dan aku terdengar suara seperti Abby Fana.Aku bertanya kepadanya DJ radio ni Abby Fana ker?Yup memang dia..

Aku teringat sebelum puasa aku, twins,bibik(masuk list gak) dan mak pergi ke Giant Putra Height.Mak memang tak boleh jalan jauh makanya dia duduk dikerusi urut dan aku serta 3 orang minah ni pergi ke dalam Giant beli barang.Kami bawa 2 troli juga satu isi barang dapur dan satu lagi isi Si Kembar yang kemaruk naik troli.

Semasa aku sibuk mengisi barang-barang dalam bonet di depan pintu masuk Giant, Si Kembar memekak dalam troli tak mahu balik sebab tak puas bermain.Belon dah beli, air kotak pun dah beli.Mak aku pula memang hati keras (semangat kuat) berjalan terkedek-kedek dengan tongkat menuju ke kereta.Dahler depan pintu masuk Giant tu landai dan licin, tiba-tiba ada seorang akak dan anak lelakinya datang ke arah mak aku.Dia pimpin tangan mak aku ke kereta..aku terkedu, adeh terasa aku anak tak tolong mak, walhal tengah sebuk dengan anak dan isi barang dalam bonet.

Aku kata terima kasih ye kak, mak aku pun sukaler sebab ada orang tolong dia. Bila aku lihat wajah dia terkedu kejap nak sebut nama takut salah orang.Tapi memang confirm She's Abby Fana (bukan Abby Abadi). Baiknya hati akak Abby Fana..tak kisah membantu dan ringan tulang.Terima kasih Kak Abby Fana kerana tolong pimpin mak saya ke kereta.Kalau tau boleh ambik gambar sekali..huhu

Akak Abby Fana memang baik hati dan ikhlas wajahnya.

p/s:Kitorang pi Giant sebab nak tunggu pakcik hubby habis keje..macam prebet sapu daaa..

Abby Fana 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...