Check This Out Babe!

Friday 27 July 2012

Negeri Sabah Nak Tinggalkan Malaysia Jika..


Assalamualaikum

Aku tak dapat bayangkan jika Sabah tinggalkan Malaysia..

Sure nak masuk Sabah perlu passport

Dari segi sektor perlancongan, Malaysia akan kurang tempat pelancongan memandangkan Sabah jadi negara lain

Kerajaan Persekutuan Malaysia dah banyak buat pembangunan di sana baik Universiti, sekolah, kemudahan untuk penduduk Sabah seperti jalan, klinik kesihatan dan air.

Di Sabah pun ada banyak orang Semenanjung Malaysia.Adakah mereka akan pulang ke Semenanjung jika Sabah menjadi negara sendiri?

p/s:Member kerja di Labuan pun taknak balik Semenanjung..hidup di sana aman damai,kereta mahal-mahal mampu milik..tapi kena berkhidmat lama di sana.




Semasa pembentukan Malaysia dahulu, Parti Islam SeTanah Melayu (PAS) telah menghantar Petisyen ke Mahkamah Tinggi Di Kuala Lumpur untuk menghalang negeri Sabah menyertai pembentukan negara Malaysia. Bagi PAS, negeri Sabah tidak patut dipanggil untuk menyertai Malaysia. PAS tidak bersetuju malah menentang kemasukan Sabah di dalam pembentukan Malaysia.

Selepas hampir 50 tahun, sebilangan rakyat Sabah mula mempersoalkan keikhlasan lidah manis pemimpin-pemimpin PAS. Mereka yang masih hidup memberitahu Mymassa, betapa malunya mereka dihina oleh PAS, betapa sakitnya hati mereka dihina oleh PAS, dengan pelbagai kata-kata yang mengguris jiwa dan kalbu pemimpin-pemimpin Kadazan Dusun Murut pada tahun 1960an dahulu.

"Mereka hina kami waktu kami mahu gabung bikin itu Malaysia!"

Di sebelah pemimpin tua, itu seorang Kadazan  pula menyampuk , "Dorang tu jahat bah, ati ne (hati ini), banar-banar sakit sampai ari ne. Dorang bilang (mereka kata) kami macam-macam, kami kapir la, kalo aku ingat sakit ati ku ne ( sakit hati aku )"...

Menurut orang-orang lama ini, antara sebab PAS menghalang Sabah menyertai Malaysia kerana kononnya Sabah sama seperti Singapura.

Sambung mereka lagi, kalau Pakatan Rakyat memerintah, ada PAS di dalamnya, "aauk inilah masa kita keluar Malaysia, itu PAS dulu itu mau halau kami jua" (ya inilah masa kita keluar Malaysia, parti PAS dahulu mahu halau kami juga).

"PAS itu endak (tidak) tau maluk (malu), dulu halau kami macam kami ini anjung kurap, sekarang mau undi kami, ...ppptttuih (ludah)" ludah orang tua itu...

"Di Sabah ini endak da bah orang mau undi PAS, itu pendatang saja bah yang undi dorang tu"

Bagi kami urang (orang) Sabah, kalau Pakatan memerintah ada itu PAS, bagus kita orang keluar Malaysia, jadi nagara (negara) sendiri!


SUMBER :  MYMASSA 

1 comment:

  1. Orang malaya kalau nak masuk sabah sekarang pun kena pakai passport... sila rujuk perlembagaan sebenar. Jangan rujuk manifesto politik...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...