Check This Out Babe!

Tuesday 24 July 2012

Ariel Peterpan Dulu Jual Cendol Keliling Kampung

Assalamualaikum

Ariel Peterpan telah keluar dari penjara kerana isu video toottt dengan Cut Tari dan Luna Maya. Malam tadi aku menonton berita tentang pembebasan Ariel kerana berkelakuan baik.Alhamdulillah..semoga dengan kehadiran Ramadhan kali ini, amat bermakna buat dirinya dan keluarga.

Bibik aku mencelah, Ariel sekampung dengan Yati.Dulu Ariel ni gelap dan tak handsome.Jual cendol keliling kampung.Oh!Ye ke..kataku.Dulu Ariel jual cendol, kawan-kawan yang lain berjual juga macam bakso, mee etc.Sebelum mereka bersatu jadi Peterpan semua berniaga keliling kampung.Bibik aku ni orang Medan, jadi Ariel ni memang asal dari Medan.


Bibik aku gossip pasal Ariel yang dia dah bertunang dengan Luna Maya then 2 bulan kemudian pula isu kes video yang bukan melibatkan Luna saja bahkan Cut Tari.Bibik aku ni memang tahu sangat gossip artis Indonesia ni,banyak juga aku tahu,yang orang Malaysia tak tahu. Tapi tak payahlah aku nak jadi reporter pula.Nanti wartawan takde keje.Tapi seingat aku di Indonesia ni memang suka terjah-terjah dan banyak gossip.Kira Melodi tu baru sikit je.

Lepas ni kalau Ariel nak bisnes makan pun elok juga macam Baim Wong, ada buka restoran sendiri lagi berkat...Baim memang handsome.huhuu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...