Check This Out Babe!

Tuesday 5 June 2012

Mahukah Kamu Hidup Bergelandangan?

Assalamualaikum

Itu pilihan hidup masing-masing yang mahu hidup bergelandangan. Tetapi kalau bergelandangan dan tidak menyusahkan masyarakat tidak mengapa.Sepanjang masa aku bekerja ,pergi balik naik keretapi di stesyen Bank Negara, kerap aku nampak lelaki tua muda yang kadangkala masih utuh dan kuat bekerja tetapi hanya berdiri, bersongkok, berzikir, memegang kertas yang hampir lunyai, menjual surah YAssin dan meminta sedekah untuk menampung kehidupan.

Aku sedih melihat lelaki yang agak muda dan bertenaga boleh bekerja seperti sapu sampah, kutip botol atau tin, kerja kilang atau mencuci pinggan di mana-mana kedai namun jadi peminta SEDEKAH.Mengapa mahu mencari jalan mudah untuk meminta dari bekerja.

Di bandaraya Kuala Lumpur ini memang ramai orang hidup bergendalangan. Kita pun terpengaruh dengan Mat Salleh. Hidup seperti nomad pindah randah, makan dan tidur merata tempat.Kalau ada pekerjaan dan duit tak ada masalah. Tapi perlu ingat mengapa kita perlu rumah dari hidup bergelandangan.

1) Bersih dari kekotoran- sanggupkah diri kena habuk, virus dari tikus.Yang pasti untuk melakukan ibadah.
2) Keselesaan keluarga- anak-anak dilindungi dari ancaman atau hujan panas.
3) Kehidupan teratur- kehidupan lebih tersusun dan sihat.

P/S:Tak perlu menyeksa diri yang pasti Allah dah susun kehidupan kita cantik sekali

sumber: http://badutrakyat.blogspot.com/2012/06/hot-news-mislina-mustaffa-dah-lima.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...