Check This Out Babe!

Wednesday 27 June 2012

Belajar Menghargai Orang

Assalamualaikum

Hari ini makan berat sikit.Kami (unit yang sama level dengan aku) yang mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang berkongsi kejayaan dengan belanja rakan-rakan pejabat kami Nasi Beriani dari felda D' Saji. Almaklumlah ada seorang akak office ni wife kepada orang besar D' Saji. Apalagi..teringin sangat nak jadi pengantin, makan nasi beriani dari D' Saji.Yelar tak dapat bersanding dalam Dewan Merak Kayangan kan..

Hari ini aku berpuas hati kerana dapat berikan sesuatu buat rakan2 yang turut memberi dorongan dan galakkan..ye ker?Sharing is caring bukan?

Hari ini juga aku menerima panggilan telefon dari orang admin.Tanpa mereka kita tak akan dapat gaji,bonus,award..senang cerita semua yang membantu carear path and salary path.

'Rose terima kasih banyak2 bagi akak makanan ni, terima kasih sangat-sangat ada juga yang ingat akak'.Sobs...Apalah salahnya kita sebagai officer menghargai orang kerana bantuan mereka walaupun ianya adalah seciput dan tugas itu tugas mereka.Sekurang-kurangnya kita buat orang terasa dirinya dihargai dan diperlukan.

Oh btw nasi beriani masakan Chef dari Felda D' Saji ni memang sedap..especially ayam..nyum nyum..rugi kalau tak makan.Ayam memang 4.5 bintang..hehehe

p/s:Kalau aku kaya dah belanja satu cawangan malahan satu kementerian..hahahah...kalau..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...