Check This Out Babe!

Wednesday 30 May 2012

Wanita Melayu Tidur Bersama Lelaki Perempuan Berbangsa Cina

Assalamualaikum

Amat mengaibkan bila kita lihat dihadapan mata kita seorang wanita Melayu tidur dengan nyenyaknya bersama seorang lelaki Cina dan wanita Cina.Kiri dan kanan pula tu..Apatah lagi bila semua orang asyik pandang.Ada sebahagian masyarakat memang tak kisah langsung. Dahler wanita Melayu itu bertudung dan melentok di bahu.Nasib baik bahu wanita Cina.

Sebenarnya aksi itu berlaku semasa aku naik komuter dari Batu 3 ke Bank Negara.Almaklumlah pagi-pagi pergi kerja, bila masing-masing dapat tempat duduk siap berdengkur.Kalau kita tak bernasib baik berdiri sahajalah sampai ke destinasi.

Kadang-kadang mereka berebut tempat duduk kerana letih berdiri dan mahu tidur.Rasa kelakar pun ada bila aku tengok yang ada buat-buat tidur sebab tak mahu bangun dan beri tempat duduk kepada yang lebih memerlukan seperti orang tua, kanak-kanak (ni ada sekali dengan mak ayah mereka) dan ibu mengandung.

Paling aku kurang suka, lelaki-lelaki yang selfish...Nak juga duduk.Tak gentleman langsung...bagilah wanita duduk.Hehehe..tapi yang sedih segelintir lelaki memang tak mahu bangun bagi orang tua dan ibu mengandung duduk.Hey Lelaki!!Awak tu bukannya lemah tenaga sangat...kalau lemah pi makan vitamin kasi kuat.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...