Check This Out Babe!

Thursday 8 March 2012

Selamat Hari Wanita

Assalamualaikum

SELAMAT HARI WANITA


Terlalu banyak pengorbanan seorang wanita terhadap keluarga dan negara amnya. Wanita walaupun mempunyai banyak sifat emosi tapi wanita tetap kuat, tabah,sabar,bijak,mencintai,cekal....banyak betul aku tak tertulis di sini.

Apapun wanita yang amat aku kagumi adalah EMAK

Emak adalah ibu tunggal yang membesarkan kami 5 beradik, aku kehilangan Bapak dari umur 5 tahun.Bayangkan bagaimana dia sekolah dan besarkan aku sehingga aku berjaya.Emak seorang yang tabah dan kuat mengharungi hidup serta setia.Perkara yang aku respect..dia sangat taat dan setia dengan arwah Bapak (sebab tak kahwin lain).Emak memang superwoman!!

Emak sentiasa bersama dengan aku susah senang..aku nangis dia ada,aku gembira dia ada.Yang beruntung cucu-cucu dia..apa yang cucu nak pasti dapat..especially duit..hahah.Nenek mana yang tak sayang cucu.


Hjh. Sulimah Othman; 76 years.Love emak so much!!

p/s:Bolehkah aku mempunyai hati dan semangat yang kuat seperti emak ;)?Semoga mak sihat, panjang umur dan dirahmati Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...