Check This Out Babe!

Wednesday 21 March 2012

Keputusan SPM keluar hari ini!

Assalamualaikum

Aku rasa bagaikan mimpi sebab sekejap je aku dah lama tinggalkan sekolah menengah.Dahulu masa sekolah aku memang tak sabar sangat nak belajar di universiti dan taknak sekolah menengah lagi, even naik Form 6.Aku sebenarnya bukan tak suka amik Form 6, tapi aku memang nak sesangat blah dari sekolah.Maklumlah sekolah kan disiplin ketat bebenor dan cikgu-cikgu suma garang-garang..eheh garang ker?
Nak berjaya dalam hidup kena merangkak dulu...

Sebenarnya aku nak kebebasan dan tak berminat pakai baju sekolah.Tapi apakan daya kena juga pakai baju sekolah bila aku kena hadiri kursus Biro Tata Negara.Mencarilah baju sekolah anak buah aku dan beli di Pusat Pakaian Hari-Hari.

Berbalik kepada SPM tadi...aku sebenarnya tak perasan sangat time amik result sebab aku dapat result dari cikgu terus blah..balik rumah..kecewa jugakler walaupun time tu kira ok lagi aku dapat Pangkat 1.Kalau idak..tak dapatlah aku masuk universiti.Pada pandangan aku, result aku memang tak hebat mana pun..tapi Alhamdulillah aku berjaya masuk universiti dari belajar diploma,ijazah seterusnya Master.

Bagi adik-adik yang berjaya mendapat keputusan yang baik dalam SPM tahniah...lepas ni belajar rajin-rajin dan bagi yang kurang memberangsangkan tu, jangan putus asa kerana ada banyak sebenarnya peluang untuk kamu berjaya, yang penting RAJIN.

1 comment:

  1. arini ada 2 org dlm family queen yg akan amik result SPM.. masih tak tahu lg keputusan mereka...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...