Check This Out Babe!

Tuesday 21 February 2012

Nak Hidupkan Anak Terpaksa Mencuri

Assalamualaikum

Aku rasa hiba bila membaca entri dari Lulu

'Saya terpaksa mencuri kerana tiada duit untuk menanggung dua anak yang masih bersekolah dan semua barang yang dicuri adalah untuk anak-anak saya.''

Demikian rayuan seorang suri rumah dalam linangan air mata ketika mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencuri pelbagai jenis barang keperluan harian di sebuah pasar raya, bulan lalu.

Dengan pengakuan bersalah itu, Majistret Mohd. Nazri Omran menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM350 terhadap Wong Yin Tinn, 36.

Tertuduh didakwa mencuri barang-barang seperti syampu, ubat gigi dan bahan-bahan mentah masakan di Pasar raya Jusco, Sunway Pyramid, Bandar Sunway di sini pada pukul 10.45 pagi, 3 Januari lalu dengan jumlah kerugian bernilai RM316.76.

Dakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aifaa Che Abdullah mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Mahkamah turut memerintahkan wanita itu dipenjara 14 hari lagi jika gagal membayar denda.

Mengapa keadaan ini terjadi?Aku sebenarnya bukan nak salahkan kerajaan atau politician walaupun hakikatnya memang ada (saja nak cover).Kehidupan rakyat sekarang makin 'menyesakkan' kerana semua perlu duit.Hidup di kota metropolitan ni kalau gaji isirumah tidak RM6000.00 (minima) memang tidak cukup.Nak bayar rumah (harga rumah dah mahal), kereta,bil api, air,telefon,Astro,Unifi..semua segalanya.Sebenarnya bergantung kepada diri sendiri nak pilih mana yang murah dan berkemampuan.Tapi sedar tak sedar yang aku perasan, gaji tak naik lagi harga barang dah naik.

Belanja barang dapur seminggu RM100 memang tak sah..rasanya if dalam rumah ada 6 orang mau-mau RM150.Ikan mahal,ayam mahal..sampai taktau nak makan dan beli apa.Ikan bilis pun mahal, apatah lagi telur yang Gred C pun dah RM3.20.

Bila ada anak-anak kecil, kena beli susu anak..(nasib baik twins minum susu Dutch Lady, walaupun murah tapi tetap sihat dan bijak).Lampin pakai buang pun aku perasan makin lama makin naik harga, kalau pakai murah..merah sana sini.Nak beli cloth diapers pun mahal..sekeping..kena beli borong baru murah.

Itulah hakikatnya sekarang,semakin membesar anak semakin banyak belanja.Hantar pergi tuition pun duit juga..memang sekarang ni semua duit.

Oklaa aku bukan nak mengeluh, tapi itulah hakikat kehidupan sekarang semuanya perlu duit dan tak mustahil dalam bandar ni ramai orang fakir miskin.Aku harap kerajaan fikirkan untuk rakyat, walaupun bagi banyak bantuan macamana pun itu sementara jek..nak lalui kehidupan ni panjang lagi masanya.

p/s:Ramai orang gali lubang tutup lubang,pinjam hutang bayar hutang dan sepanjang hidup tak berhutang memang tak sah.

1 comment:

  1. eh..
    br jer baca kt page lulu td..

    x tau nk komen..
    ntah betul atau tidak dia punya tindakan tu..
    kalau dh boleh curi maknanyer dh cukup sifat..
    kalu dh cukup sifat maknanyer dh boleh keje..

    so xtau status dia keje atau tidak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...