Check This Out Babe!

Monday 13 February 2012

Kisah Wanita Digantung Tak Bertali;Rita Rudaini

Assalamualaikum

Entri dari blog Abg Nara mengenai Rita Rudaini kini digantung tak bertali membuatkan aku ingin bicara tentang nasib wanita sebenarnya ramai teraniaya oleh lelaki. Mengapa ingin aku katakan ia berpunca dari lelaki?Kerana lelaki sebenarnya memainkan peranan yang besar sebagai ketua keluarga, imam dan pemimpin buat isteri dan anak-anak untuk menjadi soleh/solehah dan membawa ke syurga.Sebenarnya kalau tak bertepuk sebelah tangan tak berbunyi isu rumahtangga terjadi dan kalau kerana bukan angin maka pokok tak bergoyang.Macam lagu POKOK..'Tanya sama pokok..apa sebab goyang'.Takkan jin/hantu/kuntilanak yang goyang pokok tu..eheh.(Boleh jadi gak)

Cian tengok babies Rita...anak menjadi mangsa

Di bawah ialah nukilan Raja BiPop:-
Kasihan mengenangkan nasib aktres popular, Rita Rudaini Mokhtar. Beliau seolah-olah digantung tidak bertali suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak. Sehingga hari ini, masih belum ada kata putus berhubung rumah tangga mereka yang boleh diumpamakan retak menanti belah itu.
Sudah lebih sebulan Aidil meninggalkan Rita dan dua cahaya mata, Airit Rayyan, 3 dan Airit Qara Arjuna, 8 bulan. Lebih menyedihkan, Aidil langsung tidak pulang menjenguk anak-anaknya. Memberi nafkah jauh sekali.
Kalau Aidil ingatkan anak-anak, meskipun berdepan dengan gelora tsunami atau lautan api sekalipun, , beliau sanggup melakukan apa saja untuk melepaskan kerinduan pada anak-anak. Tidak begitu? Tapi, hingga saat dan detik ini, bayangan Aidil langsung tidak nampak, bukan Aidil tidak tahu anak-anak sentiasa berada di rumah.
Satu Malaysia sudah tahu, hubungan Aidil dan Rita sedia keruh atau mungkin tidak dapat diselamatkan lagi tetapi jangan sampai abaikan anak-anak. Kalau sekarang ketika belum bercerai, Aidil sudah pada Rayyan dan Qaqa, apatah lagi kalau ikatan sudah terlerai nanti.
Nasib baik Rayyan dan Qaqa tidak bertanya langsung pasal bapanya. Hmmm, nampak sangat Aidil tidak rapat dengan anak-anaknya. Mungkin kalau sudah berbulan tidak balik rumah, anak-anak pun sudah tidak kenal. Dan Raja nak tanya Aidil, dia tahu ke apa hukumnya jika meninggalkan isteri lebih tiga bulan?
Raja pelik, sebelum ini, Aidil beriya-iya nak buat tuntutan berhubung anak-anak, tapi nasib Rayyan dan Qaqa tidak terbela pun. Sakit pening, susu, makan dan minum pun tidak ambil tahu, macam mana tu? Pening kepala Raja memikirkannya.
Ada beberapa teman Raja sering ternampak Aidil melepak bersama kembarnya, Zaquan Adha dan isterinya Ayu Raudhah di USJ, Subang Jaya sampai awal pagi. Amboi seronoknya… Itu yang Aidil mahukan agaknya, menjadi orang bujang dan tidak memikirkan tanggungjawab, jauh sekali memikirkan anak-anak. Raja dengar Aidil juga tinggal bersama Zaquan dan Ayu di USJ.
Ayu pun bukan main lagi, selalu saja kemas kini statusnya menerusi perkhidmatan mesej Blackberry(BBM), makan malam, keluar sana sini bersama Aidil. Tak payahlah membuatkan orang lain makin membenci, sudah-sudahlah menyakitkan hati Rita. Janganlah memporak-perandakah rumah tangga Rita dan Aidil lagi. Nak makan atau tergolek sekalipun, perlu ke beritahu satu dunia?
Yang kasihan adalah Rita, selepas penat mencari rezeki dan bekerja siang dan malam di lokasi penggambaran, beliau terpaksa pula bersengkang mata menjaga anak-anak sendirian. Bukan tak tahu ragam anak-anak yang masih kecil, memang penat dan tidak cukup rehat.
Tapi, hairan juga Aidil dan keluarganya beriya-iya membuat tuntutan terhadap anak-anak. Kalau hari ini pun tak pernah ambil tahu dan tak tahu nak jaga, bagaimana nak jaga anak-anak pada masa depan? Ibu bapa mentua Rita pun tidak pernah bertanya soal cucu, tak pernah hubungi Rita bertanya pasal Rayaan dan Qaqa tapi sibuk rebut cucu!
Raja bukanlah nak salahkan Aidil, tapi Raja rasa tindakan Aidil tidak betul. Walaupun berdepan dengan konflik dalaman dengan Rita, tapi beliau tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak. Nafkah anak-anak tidak seharusnya diabaikan. Aidil kena ingat, anak-anak adalah saham untuk akhirat.
Soal siapa yang menjadi dalang keretakan dan kehancuran rumah tangga Rita, Raja tidak mahu mengulas. Dulu, ibu bapa Aidil dipersalah, kini kembar Aidil, Zaquan dan isterinya, Ayu pula dituduh menjadi puncanya. Nampaknya semua sengketa bermula daripada keluarga Aidil. Susah nak cakap jika membiarkan orang lain membaut keputusan dalam hidup. Inilah jadinya.
Nasihat Raja kepada Aidil, kalau sudah benci dan tidak boleh memandang muka Rita lagi, lepaskan saja… Rita boleh hidup bahagia bersama dua cahaya mata yang menjadi pelengkap hidupnya. Aidil pula carilah kebahagiaan baru, kalau itu yang Aidil inginkan.


 Sumber: http://beautifulnara.com/rita-rudaini-digantung-tak-bertali/

Sebenarnya aku tidak berpihak kepada sesiapa kerana tidak mengetahui perkara sebenar dalam keluarga mereka. Pada pandangan aku masing-masing mempunyai peranan dan perlu pergi dapatkan khidmat nasihat pakar kaunseling atau yang arif seperti ustaz/ustazah.

Pada pandangan aku dan dari pengalaman rakan taulan mahupun diri sendiri yang serba tak sempurna adalah seperti berikut:

1.Sikap Ego
Semua orang ada sikap ego dan tidak mahu mengalah.Suka sangat tunding jari orang itu salah dan tak betul.Kadang kala kita kena kurangkan sikap ego.Nak ego kena bertempat, especially lelaki memang egonya tinggi dan tidak mahu mengalah, walaupun isteri rasa dirinya betul sangat.Perkara sebegini memang mencetus kemarahan.Sifat ini perlu dikawal bagi suami isteri.

2.Kepercayaan
Jika sifat trust each other dah tak ada memang payah.Kadang-kadang suami lebih suka mendengar dan percaya kata-kata orang ketiga (kawan-kawan/ahli keluarga) dari isteri.Apa yang isteri buat nampak tak betul saja.Sama juga bagi isteri jugalah.Namun peranan suami kena bijak dan matang, jangan cepat melatah dan perlu pandai handle masalah.Kan suami pemimpin bukan kena dipimpin oleh isteri.Karang kalau isteri yang ajar itu ini dikatanya 'Queen Control'.Makanya,mertua jadi benci dan tak suka kerana anak lelakinya ibarat dicucuk idung macam Mooo...(Lembu).

3.Matang dan waras
Lelaki especially perlu matang handle masalah,perlu bersifat lebih kedewasaan.Tak semestinya umur lanjut tu matang, umur muda tu tak matang.Tapi hakikatnya lelaki ni memang lambat matang..Terimalah hakikatnya..isteri banyak korban perasaan dan nak fikir itu ini,makan pakai anak cukup tak,belanja sekolah,bayar bil..banyak yang perlu isteri fikirkan.Lelaki ni kadang-kadang tau nak enjoy and huha huha dengan kenkawan.Dah kawin buat cara dah kawin, bukan kerana wanita ni 'Machine'.

4.Berilmu
Suami isteri kena ada ilmu, semua ilmu kena ada untuk menjalani hidup berumahtangga.Ilmu bukan takat disekolah tapi sampai mati pun kena ada ilmu.Yang penting perlu belajar dan belajar.Hadiri kelas agama atau beli buku.Kalau ada ilmu pasti kita tidak terkapai-kapai.

5.Nasihat dari pakar
Ingin aku katakan rujuk kepada pakar amat penting..pakar rumahtangga such as kaunselor or alim ulama.Jika ada masalah bukan rujuk kepada ahli keluarga kerana mereka ni boleh manipulasi perasaan dan fikiran serta keputusan.Memangler apa-apa masalah cerita pada kelaur seperti mak bapak or adik-beradik.Kita boleh mendengar apa mereka kata dan kita boleh membuat keputusan secara'rasional' bukan 'emosional'.Keluarga ni kerap melibatkan perasaan.Kalau dapat keluarga yang rasional, rumahtangga will kekal, tapi kalau dapat keluarga pun cam (&%^#$,bukan makin ok..tapi lagi porak peranda.

6.Fikir kebaikan pasangan
Dia buat taik camnepun perlu fikir apa kebaikan yang dia telah buat pada kita..pasti kita berfikiran positif.

7.Lari dari masalah
Lari macam mana pun masalah tetap ada dalam hidup. Ingat kalau kawin baru ke apa, masalah tak timbul ker?Mungkin kalau lari masalah itu hilang tapi sebenarnya masalah itu lagi kejar selagi tak diselesaikan.Selesaikan dengan cara baik, maklumlah kawin lari..bila ada masalah pun lari yer..oopss..

8.Bertanggungjawab kepada keluarga
Seteruk mana pun hubungan suami isteri dan memang payah nak diselamatkan, tapi fikirkan anak-anak.Kebajikan anak-anak tu penting.Ramai couples bahagia mahukan anak dan tak akan sia-siakan anak itu.Tapi pasangan yang anak berderet mudah-mudah nak lupakan tanggungjawab.Tau buat anak je..

9.Mertua
Sebagai mertua yang baik lebih elok biarkan anak-anak selesaikan masalah rumahtangganya sendiri.Kalau nak beri nasihat biarlah yang baik-baik, bukan mengeruhkan keadaan.Cubalah merestui perkahwinan mereka.Nak tak nak itu jodoh mereka, biarlah mereka tanggung ranjau berduri itu.Kalau ada masalah tarik pelan-pelan dan didik dengan baik.Berikan panduan dan ajaran yang positif.Sayangi cucu walau macamanapun dan tidak membahagikan kasih sayang antara cuc-cucu lain.Biar adil dan saksama.Doakanlah kebahagiaan anak-anak.Hati lebih tenang.Jangan sampai nak sihir-sihir or hantar hantu raya untuk musnahkan rumahtangga anak-anak (sebab ada kes ler aku bgtau).

10.Menantu
Sebagai menantu, suka atau tidak mertua cuba tangani dan kawal dengan baik.Adakalanya tak boleh nak kawal terpaksa lepas or lafazkan.Tapi biar cara berhemah dan pendekatan yang baik.Baik dengan keluarga mertua atau sebaliknya.Cuba ambil hati keluarga suami, memang perit nak telan dan hadapi, tapi berkat kesabaran pasti ada cahaya kegembiraan.

11.Ipar duai dan biras
Cuba jangan bzbodi atau jangan jaga tepi kain orang.Kadang-kadang jadi begitu kerana sayangkan ahli keluarga kita sendiri.Kadang-kadang sikap cemburu tengok orang senang pasti ada sehingga mempengaruhi perkara yang tidak baik terdapat ipar duai/biras.Hal rumahtangga mereka, biarlah mereka selesaikan.Jangan jadi batu api.Kalau mahukan rumahtangga orang lain bahagia, jaga rumahtangga sendiri.

Waduh..panjang berjela aku tulis..sebenarnya ada banyak perkara aku nak share..nantikan entri aku, sebab banyak cerita aku ingin kongsi bersama...

Islam meletakkan ibu bapa pada tempat yang tinggi dari segi kedudukannya. Seseorang itu wajib mentaati kedua ibu dan bapanya selagi ketaatan tersebut tidak bertentangan dengan Syariat Allah SWT. Bahkan, Allah SWT meletakkan keterikatan keredaannya bersama keredaan ibu bapa.

Dengan kata lain, seseorang itu tidak akan memperolehi keredaan Allah SWT, tanpa terlebih dahulu meraih keredaan kedua ibu bapanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Keredaan Allah bergantung pada keredaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah bergantung pada kemurkaan kedua-dua ibu bapa”. (riwayat al-Hakim)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...