Check This Out Babe!

Friday 17 February 2012

The Cranberries Buat Konsert Di Malaysia!

Assalamualaikum


Aku memang peminat tegar The Cranberries tika remaja dulu.Hampir semua lagu aku layanz dan hafal. Selain dari Roxette, Cranberries ni paling top lagu 'Zombie' dan 'Ode to My Family'. Sorry to say, bila aku dengar nyanyian Yuna dan intonasinya memang ala-ala Cranberries. Teringin juga nak pi konsert tu, tapi aku dah terasa tua..eheh..


p/s:Teringat zaman dulu nyanyi dengan geng jamming...In ur head!!In ur head!!Zombie..eh eh eh..ek eh..:)


'Kehadiran The Cranberries sememangnya dinantikan peminat setianya kerana kemunculan mereka serentak dengan kehadiran album studio keenam dan terbaru berjudul Roses.

Fasa baru karier The Cranberries kembali memuncak selepas melihat sambutan menggalakkan yang diterima terhadap konsert reunion yang diadakan pada tahun 2010.

Bagi siri jelajah dunianya, The Cranberries akan menjelajah Australia terlebih dulu sebelum mengunjungi Asia Tenggara bermula di Singapura pada 2 April diikuti Kuala Lumpur sebelum ke Taipei pada 6 April dan Hong Kong (8 April).

Diuruskan bersama oleh The WonderLand dan Sevent Media, The Cranberries Live In Malaysia 2012 sememangnya sebuah konsert kemunculan semula salah satu daripada kumpulan terbesar dunia yang tidak harus dilepaskan peminat.

Menurut wakil penganjur dan promosi konsert itu, Goh Yoke Leng, untuk para peminat setia kumpulan yang dianggotai empat ahli ini, tiket untuk menyaksikan konsert itu dibahagikan mengikut beberapa kategori.

"Antaranya RM110 dan RM170 untuk tempat duduk bebas, tempat tiket bernombor pula dijual dengan harga RM230 dan RM280 (VIP), manakala harga RM220 dan RM300 pula masing-masing adalah untuk kategori Rock Zone dan juga The Pit.

"Sempena dengan kehadiran hari memperingati kekasih pada 14 Februari lalu, satu promosi khas untuk pembeli awal akan diadakan mulai 13 Februari hingga 19 Februari ini.

"Potongan sebanyak 15 peratus akan diberikan kepada pelanggan yang membeli secara eksklusif melalui internet di www.ticketcharge.com.my dan juga melalui tempahan telefon dengan menghubungi talian 03-92228811," katanya'

Read more:Lulu pages http://lulu-pages.blogspot.com/2012/02/cranberries-akan-ke-malaysia.html#ixzz1mbTaoJir

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...