Check This Out Babe!

Tuesday 14 February 2012

Aku Jadi Lempeng!

Assalamualaikum

Pagi-pagi lagi aku dah bangun bersiap ke office.Tapi hari ini aku kena naik komuter sebab hubby aku suruh (elleh..sebenarnya dia nak tido balik).Selama ni kami ke tempat kerja dari USJ ke KL then ke Putra Heights.Just imagine berapa banyak expenses kami untuk tol dan minyak.Hidup sekarang ni keluar rumah je duit bergerak.Setiap jalan mesti kena bayar tol (kalau taknak tol baik ko duduk kampung :P).Makanya, suami isteri perlu bekerja untuk mencari sesuap nasi dan menampung keperluan hidup.Kadang-kadang teringin nak duduk rumah, tapi pastinya aku busan sebab dah terbiasa bergerak aktif.

Ok berbalik part komuter, aku selalunya naik mix coach lelaki+pompuan (gatalnya boleh himpit2 dengan jantan). Sebenarnya aku prefer naik coach campur ni sebab kadang-kadang senang dapat tempat duduk, lelaki tak himpit kita sangat melainkan mamat Bangla or Niger  dan sewaktu dengannya.Aku selalu naik time balik jek sebab rasanya lagi cepat sampai rumah. Pagi ni gatal (gatal ke) nak naik 'coach ladies only'. Aku dah agak dah, mesti aku kena himpit dan aku kena ada stamina untuk taichi. Sampai saja komuter, terus aku naik dah pegang tiang..Subhanallah...dah crowded dan apabila sampai di stesyen berikutnya.Umang aiii!!seksa giler!!Semua orang masuk ke dalam coach dan menhimpit..himpit..sampai aku tak boleh bernafas.


Ini dah kira macam sardin, beratus-ratus ekor sardin masuk dalam tin yang amat kecil.Ada juga perempuan yang menjerit, 'Oiii dah penuhlar,jangan tolak2!'.Aku hanya merengus...sigh.Budak sebelah aku pun dah pegang tiang tu,aku risau tangan dia patah je sebab aku dah tertolak badan dia dan orang belakang aku sedap je landing, himpit badan aku..Aku dah terbayang..keluar dari komuter ni sure jadi lempeng kelapa.Pinggang dan badan aku terasa sakit sangat (siap fikir lepas ni kena call Kak Seri for massage).Nak tahu bila masa coach ni clear..pastinya KL Sentral.Time tu lega bangat dapat tempat duduk walau sekejap...waduh..lega bontot aku dapat duduk.

Wahai wanita-wanita sekalian, aku faham semua orang nak cepat pergi dan balik kerja, tapi bila naik komuter tu janganlah macam orang meroyan.Rancanglah perjalanan anda. Bagi KTM pula,silalah tambah coach wanita lagi, sebab kat dunia ni wanita paling ramai (maklumlah ramai wanita bekerja sekarang ni).Diharapkan pihak KTM dan Kementerian Pengangkutan Malaysia perbaiki mutu pengangkutan awam. Buat Polis Bantuan KTM, kamu suruh penumpang berhimpit-himpit dalam coach tu kamu ingat ada space lagi ke nak berdiri.Jangan paksa dan salahkan penumpang...

Lempeng Abg Mat Gebu ni lagi sedap dimakan selepas kepenatan dihimpit dalam komuter.Klik resepi disini

p/s:Kalau dapat dielakkan taknak naik komuter time pi kerja...nak naik pun kat coach lelaki...(feewiit)

2 comments:

  1. rasanya kena ada sistem beratur and limit capacity utk satu perjalanan.tp still ada pro n cons jugak.hehe.entah la.

    ReplyDelete
  2. penah suatu hari
    kawan perempuan saya cerita
    ladies coach ni bukan saja utk perempuan
    malah kalau keadaan terdesak
    dengan lelaki2 sekali masuk.
    ish3x apa guna

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...