Check This Out Babe!

Tuesday 24 January 2012

Syioknya Jumpa Chef Amer Chocolatier Malaysia

Assalamualaikum
Semalam sambut raya cina sepatutnya bertandang ke rumah rakan-rakan beragama Buddha.Tetapi sebab ada kerja yang penting dan tidak dapat dielakkan aku sekeluarga pergi ke rumah Chef Amer.Anyway Happy Chinese New Year to my Chinese friends.

Aku ke rumah Chef Amer bukan kerana nak jumpa Chef tu..tapi dah menyelam minum air, jumpa dia sekeluarga.Aku dan hubby nak jumpa abang Chef Amer..datang khas dari Batu Pahat...sebab kami sekarang ada perancangan...hehe untuk masa depan yang gemilang.Insya Allah nantikan keluaran produk kami berasaskan organik dan pastinya selamat. Bebas dari hidrokinon dan super natural takde chemical.

Selepas kami berbincang mengenai 'masa depan', Chef Amer telah menjemput kami melawat ke kilang beliau.Wallah..lagiler feel honoured.Kecil tapak tangan nyiru aku tadahkan..hm betul ke idak pepatah ni.
Korang tau tak Chef Amer ni merupakan orang penting Lembaga Koko pada suatu masa dulu..beliaulah orang Melayu pertama di Malaysia ke German mendalami ilmu koko dan coklat.Ilmu yang diperoleh itu jugalah yang mengajar ramai pembuat coklat 'homemade chocolate' termasuk diri aku mencari rezeki.Dapat banyak pahala..
Aku belajar buat coklat dari Chef lain..tak sangka the Guru sebenar adalah Chef Amer.Aku siap beli buku dia masa Pameran Koko dan coklat di Midvalley dulu.Sorry tak ingat tahun bila.


Chef Amer

Mak dah makan semua biskut dan coklat Chef Amer siap tapau
Biskut Chef Amer memang sedap,yang sedap butterscotch

Dah lama aku beli buku dia,tapi baru sekarang amik sign auto

Chef Amer sempoi orangnya

Hubby with his brother (Abg Sham)and sister in law (Kak Fauziah) mendengar tips percuma

Masa ni Chef tengah siapkan tempahan cupcakes

Chef bagi kitorang cake choc moist, memang sedap

Biskut Chef Amer lebih sedap dari famous amos

Sempat lagi aku shoot banner kat pintu tepi kilang dia

Sesiapa nak join kelas Chef Amer sila layari http://www.chefamer.com
Untuk melihat coklat homemade aku silalah ke http://www.rosellehomemadechocolate.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...