Check This Out Babe!

Tuesday 16 August 2011

Semoga diberi hidayat kepada mereka yang MURTAD

Assalamualaikum

Isu murtad yang berleluasa dan tindakan JAIS menahan seramai 12 orang 'ISLAM' dalam kad pengenalan menggemparkan kerajaan Negeri Selangor.Sebenarnya kes orang Melayu Islam yang masuk Kristian ni dah lama sejak aku belajar di UTM dulu.AKu rasa kat luar tu memang ramai orang Melayu sudah Kristian.Salah siapa sebenarnya?Adakah sistem pendidikan kita selain ibu bapa yang sebagai pembimbing.Kerajaan sebenarnya perlu menekankan pendidikan Islam iaitu sekolah agama.Aku sekolah di Johor memang sebelah petang kami wajib pergi ke sekolah agama sampai periksa sekolah khas.Kalau lulus dengan cemerlang, boleh jadi guru agama.Ilmu tauhid,faraid,tasawuf,munakahat,muamalat,ibadat dan tarawikh serta bahasa arab, menjadi subjek utama untuk dipelajari.Alhamdulillah walaupun sekolah rendah dan menengah hanya seciput sahaja knowledge agama diajar, tetapi sekolah agama petang/pagi memang membantu dan memberi ilmu yang amat berguna.(Walau nakal macam bapak setan pun diorang tetap ada ilmu agama)

Aku dapati di Selangor ni atas inisiatif mak bapak hantar anak-anak pergi sekolah agama.Aku sebenarnya risau juga, sebab sistem pendidikan agama Islam di Selangor tak macam Johor.So kita terpaksa mencari-cari sendiri sekolah agama seperti sekolah agama private.Itu kalau mak bapak kaya..yang susah dan miskin, maka terjadilah tuju haluan yang salah iaitu terpesong akidah.

Sebenarnya aktiviti mengKristiankan orang Islam dah lama.Aku sebenarnya hampir terikut-ikut dengan mereka.Aku teringat masa tu aku baru Form 1 dan aku berkawan dengan student Cina.Time tu aku pakai skirt jugala..Kami memang rapat gila dan selalu belajar bersama.Dalam pada masa yang sama dia pernah mengajak aku berkali-kali ke aktiviti yang di involve.Dia kata memang syiok..ada nyanyi2, ada camping,macam-macam dia pancing aku untuk join.Dia kata ada van boleh datang ke rumah untuk jemput aku.Aku fikir tu aktiviti sosial kanak-kanak riang.Aku memang amat berminat untuk join sebab aku tak tahu itu aktiviti di gereja.Kawan aku kata aktiviti tu waktu malam.(Dalam hati..ala..sure mak tak kasi..sebab waktu malam.)Then aku kata, kat mana tempat tu?Kawan aku kata dekat GEREJA.(huh dalam gereja boleh ke masuk?jahil time tu...)Alhamdulillah..iman aku kuat lagi,doa mak ayah aku sebagai orang Islam kekal disanubari dan rohku..sib baik aku tak murtad.Mak aku pernah bercerita dengan aku 'ada seorang lelaki ni berkopiah (kira orang kampung aku) dijemput ke gereja oleh seseorang,kemudian dia diberi air.Mama tu bengong gak sebab dia ingat air kosong biasa kot.Pada saat tu kopiah dia terbang dari kepala..aku membayangkan..sinar nur Islam dia hilang.Mak aku kata orang tu dah murtad..terus tak boleh nak baca Al-Fatihah dan kalimah syahadah.Lidah dia kelu...Mak aku kata..kemungkinan itu air 'holy water'.Mak aih..nasib baik aku tak pergi..kalau tidak..aku kufur dan tidak kembali ajaran Islam.

Cerita ini pun benar belaka, ada seorang akak ni asalnya Kristian, bapak dia masuk Islam.Time tu parent dia pun bercerai sudah.Then dia pun ikut bapak dia masuk Islam.Memang surah-surat semua dia dah boleh baca. Suddenly, aku dengar cerita dia kembali ke Kristian, puncanya..mak dia minta kawan-kawan Kristian dia, tarik dan beri air holy water tu..Kini dia Kristian selamanya.Dia memang pernah bercerita dengan aku, I can read ayat Al-Quran, bt i can't be a Muslim.(Hati dia dah gelap untuk Islam)

Semoga peristiwa tersebut menjadi pengajaran buat kita.Sentiasa berdoa agar hati kita tidak menolak Allah.

Petikan:
http://brojinggo.blogspot.com/2011/08/gambar-sophia-penganjur-majlis-di.html

Gambar Sophia Penganjur Majlis Di Gereja Methodist Damansara Utama DUMC Di Dedahkan


Kerajaan PKR Selangor sehingga kini tidak menjelaskan kepada umum mengenai tindakan JAIS memeriksa Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya atas dakwaan cuba menyebarkan agama Kristian ke atas penganut Islam malam Rabu lalu.

Baik lah mari kita dedahkan siapa penganjur dalam program yang mahu memurtadkan orang Islam di Damansara Utama Methodist Centre tempohari, salah seorang daripanya ialah Sophia @ Nadea Mohd Salleh. Dialah yang menahan pihak JAIS dari masuk terus dan pihak Jais perlu negotiate selama satu jam baru dapat kebenaran masuk.

Ketika ditanya samada dia berugama Islam, Sophia yang berbangsa Melayu dan IC masih meletakkan ugama sebagai Islam hanya menjawab saya percaya pada tuhan.


Pemeriksaan ke atas premis tersebut dibuat berikutan laporan menyatakan disyaki terdapat usaha memurtadkan orang Islam di premis tersebut di mana program tersebut dianjurkan oleh Nadeane @ Sophia BT Mohd Salleh dengan No. Kad Pengenalan 790317-01-6094 (dipercayai telahpun murtad).

Baca disini untuk mengetahui kronologi acara sini.

Beberapa perkara yang menimbulkan seribu satu persoalan dan tanda tanya: 

1. Mengapa penganjur menyatakan majlis tersebut adalah majlis berbuka puasa tetapi penganjur pada awalnya menafikan kehadiran orang Islam dalam majlis tersebut dan dalam aturcara program jelas mencatatkan bahawa majlis itu ialah "Thanks Giving Dinner" yang jelas berunsurkan Kristian?

2. Mengapa hanya orang Islam yang dijemput khas telah hadir ke majlis tersebut dan ianya dibuat secara tertutup di gereja yang turut dihadiri bukan Islam?

3. Mengapa bunga manggar diletakkan dipintu masuk dewan?

4. Mengapa jemputan yang hadir memakai baju Melayu, kurung dan kebaya?

5. Mengapa terdapat 3 orang Islam cuba melarikan melalui pintu belakang?

6. Mengapa wujud nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR dalam aturcara program? 

p/s:sumber yang dipercayai maklumkan kepada aku..JAIS ambil tindakan setelah membuat siasatan baru menerjah ke gereja tersebut.Tindakan ini didorong oleh Hassan Ali.Ini menunjukkan HAssan Ali memang aware dan menentang isu murtad.So fikr-fikirkan....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...