Check This Out Babe!

Monday 15 August 2011

Bonus harus minima RM1000

Assalamualaikum

Pagi-pagi lagi kedengaran seorang staf sokongan mengeluh, sepatutnya bonus minima RM1000 bukan RM500.Barang-barang mentah sekarang dahlah mahal, nak bagi duit raya lagi, nak beli baju raya,nak bayar tol dan duit minyak balik kampung. Maklumlah hari raya, semuanya kena duit extra.Lepas hari raya mesti ramai yang sangap, sebab dah berhabis duit untuk persiapan raya.

Aku fikir, walau jadi officer dapat RM1000 tu pun kira tak cukup juga sebab banyak komitmen.Itu ini dah duit..orang fikir kalau dah berpangkat sure duit banyak.Takkan nak bagi duit raya RM10 pada makcik-makcik or anak sedarasetakat RM2.

Kerajaan sekarang perlu buat penyelarasan gaji setanding dengan sara hidup kini.Sekarang ini, ramai penjawat awam gali lubang tutup lubang,pinjam along pun ada.Semakin membesar anak-anak dan keluarga, semakin banyak komitmen.

p/s:orang yang selalu bersyukur adalah orang yang beriman

1 comment:

  1. hehehehehe... kehidupan skrg mmg begitu mendesak.. gaji kalo setakat basic 1K bank mana yg nak bg loan? oleh itu haruslah byk kes2 pinjam dgn ahlong nie... kan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...