Check This Out Babe!

Thursday 25 August 2011

Kambing dan Badut di Hari Raya

Assalamualaikum

Almost 2 days i'm searching lamb roaster aka kambing golek..call sana sini mencari caterer provide kambing golek.Alhamdulillah..jodoh dengan Bestfarm.Nak ikutkan memang diorang tak boleh nak buat kambing golek sebab dah fully book.Almaklumlah..Hari Raya semua orang sibuk buat open house.Kali ni, kami buat kambing golek dan SURPRISE!!Bubu Clown.Kenapa kami guna service Bubu Clown..sebab nak celebrate birthday twins..for the 1st year..Kambing golek dan Badut ni husband aku yang request.Saja nak happeningkan suasana raya dan birthday babies.Letih hari ni sebab baru balik dari berkursus.
Terima kasih buat adik Salim aka Chef Salim sebab melayan akak..NAK JUGA KAMBING GOLEK!Alhamdulillah rezeki kami...:P

Siapa nak beli unta pun boleh http://akikahqorban.blogspot.com



Monday 22 August 2011

Artis Itu Memang Perampas – Noraini, Bekas Isteri Joey

Assalamualaikum,

Luahan hati seorang isteri.Sebenarnya kejayaan seorang suami adalah dari seorang isteri, makan jika sudah berjaya jangan jadi 'Kacang Lupakan Kulit'.Bulan puasa yang mulia ini, sama-samalah kita muhasabahkan diri dan merenung diri kita..siapa kita sebenarnya.


Di bawah ialah kenyataan Noraini sebelum ini:-
Saya hanya nak pesan kepada artis-artis wanita, jika banyak lagi lelaki lain, jangan ambil suami orang. Tolong cari lain, jangan runtuhkan rumah tangga orang lain dan biarkan anak-anak kecil tanpa bapa.

Masalahnya bukan artis sahaja,orang bukan artis pun ramai di luar sana.Sememangnya tak semua wanita begitu.Kadang-kadang kita perlu lepaskan anjing tersepit dari dukung biawak hidup..ehh..lupalah apa pepatah tu..ehehe.

p/s:Mungkin dia bukan untuk kita..
artikel dari: http://beautifulnara.com/artis-itu-memang-perampas-noraini-bekas-isteri-joey/

Wednesday 17 August 2011

Giveaway duit Raya Dari Jepun :)

Salam..
Wah!..menarik bangat join giveaway dari blog ni.Memandangkan aku mata duitan sekejap, aku pun nak join giveaway beliau.Actually aku suka kumpul duit buat koleksi.Manalah tahu rezeki aku dapat duit jepun ni..boleh tambahkan lagi koleksi aku.




Ok..macamana nak join giveaway ni?

1:Jadi follower frommetoyou
2.Buat tajuk entri Giveaway duit Raya Dari Jepun :)
3.Coppy banner duit tu then link ke entri giveaway
4.Tinggalkan link entri dan email kamu
5.Tarikh tutup 16 September 2011


p/s:Kalau annouce 18 September pemenangnya adalah....kan best.. (tarikh lahir aku)

Pemenang Blogwalking With Rosniena




Congratulation to Queen Teratai.She's the fastest and the winner for 'Blogwalking With Rosniena'.Other bloggers are encouraged to join but,because of the time constraints maybe they are might not have time to join.It's ok..i dun mind about that..Actually, I am really buzy lately.Too many paperwork to do and attending meetings.

Actually she has got same purposed with me..Blogging and sharing experience actually..everybody has their own life,happiness, sadness and together means with family and friends.

Paling tersentuh sekali page beliau adalah tentang entri Ajaibnya Tangan Ibu Kasihnya Ibu..Sobs..teringat mak kat kampung.Mak..adik balik wekend ni tau,buka puasa sesama.Walau aku dah kahwin, mak tetap dihati.Sobs sobs..(Menitis airmata aku)

Read this link:
http://queenofbutterfly.blogspot.com/2011/07/ajaibnya-tangan-ibu-kasihnya-ibu.html

Ok, let's us blogwalking her blog.What is her blog specialities:


keistimewaan blog saya.....

Nak kata istimewa sangat tak adalah sebab rasanya lebih kurang sama aje macam blog-blog yang lain... Aku punya cara yang tersendiri mengendalikan blog aku ni dan tujuan aku berblog pun bukanlah bertujuan untuk mengejar traffik atau side income... Berblog memang seikhlas hati hanya untuk berbicara tentang MY LIFETIME STORY TO SHARE WITH..... sesiapa yang sudi membaca blog aku nie... seperti yang tertera diheader aku tula... Yang pasti aku tak bercerita pasal retis-retis ni dan ada sikit-sikit info semasa yang aku selitkan... Tu jela... tak ada yang istimewa pun... AKU CUMA NAK MENCARI RAKAN YANG SUDI BERKONGSI RASA.... (^----^)

p/s: tu jela cik niena..... :)

Tuesday 16 August 2011

KAD RAYA BUAT FOLLOWER BANGKU KOSONG

Selamat Hari Raya Buat En Hasrul  sekeluarga,Maaf zahir dan Batin dan semoga selamat perjalanan pulang ke kampung

Kreatif Bangku Kosong buat kad raya..kalau aku...bila nak buat agaknya,baju raya pun tak siap jahit manik lagi..ehehe

Semoga diberi hidayat kepada mereka yang MURTAD

Assalamualaikum

Isu murtad yang berleluasa dan tindakan JAIS menahan seramai 12 orang 'ISLAM' dalam kad pengenalan menggemparkan kerajaan Negeri Selangor.Sebenarnya kes orang Melayu Islam yang masuk Kristian ni dah lama sejak aku belajar di UTM dulu.AKu rasa kat luar tu memang ramai orang Melayu sudah Kristian.Salah siapa sebenarnya?Adakah sistem pendidikan kita selain ibu bapa yang sebagai pembimbing.Kerajaan sebenarnya perlu menekankan pendidikan Islam iaitu sekolah agama.Aku sekolah di Johor memang sebelah petang kami wajib pergi ke sekolah agama sampai periksa sekolah khas.Kalau lulus dengan cemerlang, boleh jadi guru agama.Ilmu tauhid,faraid,tasawuf,munakahat,muamalat,ibadat dan tarawikh serta bahasa arab, menjadi subjek utama untuk dipelajari.Alhamdulillah walaupun sekolah rendah dan menengah hanya seciput sahaja knowledge agama diajar, tetapi sekolah agama petang/pagi memang membantu dan memberi ilmu yang amat berguna.(Walau nakal macam bapak setan pun diorang tetap ada ilmu agama)

Aku dapati di Selangor ni atas inisiatif mak bapak hantar anak-anak pergi sekolah agama.Aku sebenarnya risau juga, sebab sistem pendidikan agama Islam di Selangor tak macam Johor.So kita terpaksa mencari-cari sendiri sekolah agama seperti sekolah agama private.Itu kalau mak bapak kaya..yang susah dan miskin, maka terjadilah tuju haluan yang salah iaitu terpesong akidah.

Sebenarnya aktiviti mengKristiankan orang Islam dah lama.Aku sebenarnya hampir terikut-ikut dengan mereka.Aku teringat masa tu aku baru Form 1 dan aku berkawan dengan student Cina.Time tu aku pakai skirt jugala..Kami memang rapat gila dan selalu belajar bersama.Dalam pada masa yang sama dia pernah mengajak aku berkali-kali ke aktiviti yang di involve.Dia kata memang syiok..ada nyanyi2, ada camping,macam-macam dia pancing aku untuk join.Dia kata ada van boleh datang ke rumah untuk jemput aku.Aku fikir tu aktiviti sosial kanak-kanak riang.Aku memang amat berminat untuk join sebab aku tak tahu itu aktiviti di gereja.Kawan aku kata aktiviti tu waktu malam.(Dalam hati..ala..sure mak tak kasi..sebab waktu malam.)Then aku kata, kat mana tempat tu?Kawan aku kata dekat GEREJA.(huh dalam gereja boleh ke masuk?jahil time tu...)Alhamdulillah..iman aku kuat lagi,doa mak ayah aku sebagai orang Islam kekal disanubari dan rohku..sib baik aku tak murtad.Mak aku pernah bercerita dengan aku 'ada seorang lelaki ni berkopiah (kira orang kampung aku) dijemput ke gereja oleh seseorang,kemudian dia diberi air.Mama tu bengong gak sebab dia ingat air kosong biasa kot.Pada saat tu kopiah dia terbang dari kepala..aku membayangkan..sinar nur Islam dia hilang.Mak aku kata orang tu dah murtad..terus tak boleh nak baca Al-Fatihah dan kalimah syahadah.Lidah dia kelu...Mak aku kata..kemungkinan itu air 'holy water'.Mak aih..nasib baik aku tak pergi..kalau tidak..aku kufur dan tidak kembali ajaran Islam.

Cerita ini pun benar belaka, ada seorang akak ni asalnya Kristian, bapak dia masuk Islam.Time tu parent dia pun bercerai sudah.Then dia pun ikut bapak dia masuk Islam.Memang surah-surat semua dia dah boleh baca. Suddenly, aku dengar cerita dia kembali ke Kristian, puncanya..mak dia minta kawan-kawan Kristian dia, tarik dan beri air holy water tu..Kini dia Kristian selamanya.Dia memang pernah bercerita dengan aku, I can read ayat Al-Quran, bt i can't be a Muslim.(Hati dia dah gelap untuk Islam)

Semoga peristiwa tersebut menjadi pengajaran buat kita.Sentiasa berdoa agar hati kita tidak menolak Allah.

Petikan:
http://brojinggo.blogspot.com/2011/08/gambar-sophia-penganjur-majlis-di.html

Gambar Sophia Penganjur Majlis Di Gereja Methodist Damansara Utama DUMC Di Dedahkan


Kerajaan PKR Selangor sehingga kini tidak menjelaskan kepada umum mengenai tindakan JAIS memeriksa Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya atas dakwaan cuba menyebarkan agama Kristian ke atas penganut Islam malam Rabu lalu.

Baik lah mari kita dedahkan siapa penganjur dalam program yang mahu memurtadkan orang Islam di Damansara Utama Methodist Centre tempohari, salah seorang daripanya ialah Sophia @ Nadea Mohd Salleh. Dialah yang menahan pihak JAIS dari masuk terus dan pihak Jais perlu negotiate selama satu jam baru dapat kebenaran masuk.

Ketika ditanya samada dia berugama Islam, Sophia yang berbangsa Melayu dan IC masih meletakkan ugama sebagai Islam hanya menjawab saya percaya pada tuhan.


Pemeriksaan ke atas premis tersebut dibuat berikutan laporan menyatakan disyaki terdapat usaha memurtadkan orang Islam di premis tersebut di mana program tersebut dianjurkan oleh Nadeane @ Sophia BT Mohd Salleh dengan No. Kad Pengenalan 790317-01-6094 (dipercayai telahpun murtad).

Baca disini untuk mengetahui kronologi acara sini.

Beberapa perkara yang menimbulkan seribu satu persoalan dan tanda tanya: 

1. Mengapa penganjur menyatakan majlis tersebut adalah majlis berbuka puasa tetapi penganjur pada awalnya menafikan kehadiran orang Islam dalam majlis tersebut dan dalam aturcara program jelas mencatatkan bahawa majlis itu ialah "Thanks Giving Dinner" yang jelas berunsurkan Kristian?

2. Mengapa hanya orang Islam yang dijemput khas telah hadir ke majlis tersebut dan ianya dibuat secara tertutup di gereja yang turut dihadiri bukan Islam?

3. Mengapa bunga manggar diletakkan dipintu masuk dewan?

4. Mengapa jemputan yang hadir memakai baju Melayu, kurung dan kebaya?

5. Mengapa terdapat 3 orang Islam cuba melarikan melalui pintu belakang?

6. Mengapa wujud nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR dalam aturcara program? 

p/s:sumber yang dipercayai maklumkan kepada aku..JAIS ambil tindakan setelah membuat siasatan baru menerjah ke gereja tersebut.Tindakan ini didorong oleh Hassan Ali.Ini menunjukkan HAssan Ali memang aware dan menentang isu murtad.So fikr-fikirkan....

Monday 15 August 2011

Bonus harus minima RM1000

Assalamualaikum

Pagi-pagi lagi kedengaran seorang staf sokongan mengeluh, sepatutnya bonus minima RM1000 bukan RM500.Barang-barang mentah sekarang dahlah mahal, nak bagi duit raya lagi, nak beli baju raya,nak bayar tol dan duit minyak balik kampung. Maklumlah hari raya, semuanya kena duit extra.Lepas hari raya mesti ramai yang sangap, sebab dah berhabis duit untuk persiapan raya.

Aku fikir, walau jadi officer dapat RM1000 tu pun kira tak cukup juga sebab banyak komitmen.Itu ini dah duit..orang fikir kalau dah berpangkat sure duit banyak.Takkan nak bagi duit raya RM10 pada makcik-makcik or anak sedarasetakat RM2.

Kerajaan sekarang perlu buat penyelarasan gaji setanding dengan sara hidup kini.Sekarang ini, ramai penjawat awam gali lubang tutup lubang,pinjam along pun ada.Semakin membesar anak-anak dan keluarga, semakin banyak komitmen.

p/s:orang yang selalu bersyukur adalah orang yang beriman

Friday 12 August 2011

Blogwalking With Rosniena

Assalamualaikum

Release stress!!Take five sekejap sebab otak aku agak letih (maklumlah puasa) menyiapkan kerja yang memang tak pernah habis.Sampai mati kerja tak akan habis.Pantang clear sikit meja aku dengan kes-kes dan masalah rumah tangga (oopss aku bukan lawyer), mesti ada kes masuk lagi.Nak buat macam mana itu adalah tanggungjawab aku kepada negara khususnya. Siapa nak minta advice boleh aja..(bukan masalah rumah tangga-tu kena rujuk pakar/pejabat kadi), tapi berkenaan contract administration.Yup..I'm involved construction industry and knowledgeable about contract.Expert ke?

Okla..sekarang ni aku nak release otak aku yang agak tepu dengan 'Blogwalking'.So siapa yang nak join blogwalking bersama (sambil-sambil promote barang dalam blog kamu) jom join segmen aku ye.

Letak gambar (dalam blog kamu) kat sebelah ni dan link ke page ni
Tajuk: Blogwalking with Rosniena
Paste ur url di entri ini 
dan terangkan sikit keistimewaan blog kamu..
Siapa yang 1st (cepat) join entri ni, aku akan bagi HADIAH misteri + bloglist aku (bukan ciuman)
Tempoh yang aku beri until 5.00 petang ni.

Jangan Terlalu Gembira

Assalamualaikum

Sudah menjadi kebiasaan apabila kita terlalu gembira mendapat sesuatu atau rezeki dari Allah, pasti ada kedukaan dariNya.Ingatlah Allah sayangkan kita kerana itu Dia uji kita dengan pelbagai dugaan dan cabaran mengharungi hidup.Pagi-pagi Jumaat ni, aku bagi tazkirah pula.

Sepanjang hidup kita, ada yang hidup dia 'LUCKY', sentiasa senang dan tak pernah rasa susah.Itu kelebihan dan rezeki dia dari Allah.Tapi, kadang-kadang disebabkan kesenangan itu, dia alpa dan lupa orang yang merasai kesusahan dan kesedihan.Langsung tidak menghargai orang lain dan menghormati perasaan orang lain.

Ada orang, sepanjang hidup dia banyak liku-liku berduri dan sepanjang masa airmata sering mengalir, namun yang pasti Allah sayangkan dia kerana mahu berikan yang terbaik (tersirat-pahala) kerana berkat kesabaran.Allah bukan bencikan dia, Allah mahu berikan yang terbaik..cuma cepat atau lambat sahaja..perlu bersabar dan bersabar.

Teringat kisah kawan aku, anak bongsunya telah meninggal dunia sebab sakit.Teringat juga kawan aku, anaknya meninggal dunia dalam perut hanya beberapa waktu sahaja untuk melahirkan.Pasti berat dan perit untuk terima qada dan qadar dariNya..Itu ujian iman dariNYA.Usaha macam mana pun kita untuk atasi dugaan itu, jika Allah nak uji kita..sekelip mata tetap berlaku.Apa yang pasti hidup kita di dunia ini hanya pinjaman semata-mata dan kita perlu berusaha menjadi hamba yang terbaik untukNYA..




p/s:aku redha dan cuba redha jika itu takdir aku..

Ben tanya nak trafik free esok tak ?

Salam pagi Jumaat,

Jom join segmen Ben Ashaari..

Thursday 11 August 2011

Alamak..umur aku 30an tapi umur fizikal 40an


Assalamualaikum 



Semalam aku pergi menyinggah kat tempat sorang staff office aku.Dia sekarang ni tengah diet sebab nak cantik dan muda selain untuk kesihatan.Dia ada membeli alat penimbang elektronik brand OMRON.Aku pun menyibuk timbang berat badan aku..Alamak..berat sudah naik dari 45kg (anak dara) kepada 55kg (mak dara).Then alat penimbang tu boleh mengukur lemak/otot dalam badan.Boleh dikatakan serba boleh.Then akak tu bagitau umur fizikal aku 41 tahun berbanding umur sebenar aku tahun ini 32 tahun (tak lama lagi...).Beza 9 tahun jugalah dan nampak gayanya aku perlu berusaha memudakan fizikal aku sekurang-kurangnya 5 tahun.Itu boleh dikatakan kategori ideal jugakler..Maklumlah..makcik ni dah banyak sakit sana sini.Antara tips yang boleh meremajakan tubuh anda ialah..menjaga pemakanan seperti makan sayur dan buah-buahan ORGANIK, bersenam dan cukup rehat. Nasib baik aku makan food supplement sikit.Baru-baru ini, aku dan hubby pun dah mulakan program makan sayur dan buah-buahan segera organik. nak tahu apa dia..




Byoung dari Zhulian

Siapa yang tak suka dan malas makan sayur dan buah-buahan boleh minum.Sambil tu boleh juga berdiet, kerana ia memang mengenyangkan. Kelebihan dia macam-macam ada antaranya buang toksin dalam badan kita (sesuai sangat untuk orang susah nak buang air besar/kecik),muka berjerawat (yelah toksin banyak kat usus) dan tak cukup tenaga batin..hahahha. So far, memang sesuai untuk aku sekeluarga yang sangat aktif.By the way, product ni ada jaminan 1mill USD.So if anything happen with u, u'll get paid from Zhulian.

p/s:Nasib baik makan,kalau tak mungkin umur fizikal 20 tahun macam akak opis..huhuh..cam nenekler aku..




Isu Bonus Bagi Penjawat Awam Kontrak

Assalamualaikum

Syukurlah kerana aku dimaklumkan, penjawat awam status kontrak akan dapat BONUS sempena menyambut hari raya ni. See..ingat kerajaan sekejam itu ke, tidak prihatin dan memikirkan penjawat awam kontrak yang turut memberi sumbangan kepada negara.Tanpa staff kontrak, tak jalan juga kerja sebab tak semua staff kerajaan yang tetap boleh buat kerja yang berkualiti berbanding staff kontrak.

Memang ada kelebihan dan kekurangan staff kontrak.Antaranya tidak mendapat keistimewaan seperti staff tetap seperti pinjaman perumahan, kereta dan elaun-elaun tertentu.Memandangkan kamu dah sign agreement antara kerajaan, kamu patut baca dan arif tentang isi kandung agreement tersebut.Jangan pula kamu nak mengharapkan omong-omong kosong atau bunyi-bunyi bising diluar sana, selagi kamu tak pastikan kebenarannya iaitu CONFIRM DAPAT TETAP.

Apapun, semua orang cuba sedaya upaya memberikan service yang terbaik dan kebajikan kepada kakitangan awam.Orang-orang yang sudah selesa di atas, tengok-tengoklah anak buah awak di bawah.Tanpa sokongan mereka, keseluruhan organisasi tidak akan berjaya.Apa yang penting kerjasama!

Kenangan Kucingku-Baby (Part 2)

Assalamualaikum

Pengalaman menjaga kucing-kucing aku ni ibarat menjaga manusia juga ler.Aku bawak diorg pi Klinik Dr Ismail di Kota Kemuning.He's very nice and loving person especially to cats.Kikin dan Tina aku terpaksa jual sebab ada time tu kami planning to have a baby.Memang nangis gile aku,macam mak ilang anak.Puffy aku jual and Ning pula aku hadiahkan kepada ex staff aku (Arwah Abg Amir).Now, hanya tinggal memori.Oh ya..Baby hilang sebab time tu dia gatal nak kahwin.Baru habis pantang 2 months, dia keluar rumah cari jantan.I dun think so, maybe dia kena kidnapped, sebab Baby tak familiar dengan sekeliling area rumah.Worse come to worst she likes sitting under my car and watching the birdies flying.Sobs..aku takut kena makan dengan mat kampuchia/bangla je..huwaaaaaaaaaaaa...






Masa ni Kikin,Tina,Ning dan Puffy baru pandai jalan

Cara tidur semua miow2 ikut mama (Baby) dia



Tina dah bangun tidur


This is Kikin
Kikin serious je,tapi manja

p/s:semua miow2 aku jenis parsi+british short hair(Baby kawin dengan jenis Parsian sebijik macam Kikin,so Kikin ikut bapak dia)

Wednesday 10 August 2011

Kenangan Kucingku-Baby (Part 1)


Assalamualaikum

Ini adalah kucing kesayangan aku..mana BABY pergi?Dia dah hilang...hukhuk


Baby akan jengah ke tingkap bila ada bunyi kereta masuk ke rumah (tunggu papa balik nie)


Masa ni BABY tengah pregnant

Baby kat klinik deliver anak-anaknya


Chomel kan anak Baby

 Berpantang kat rumah

Anak baby dah pandai tatih


Pilihan Hati Ben Ashaari

Assalamualaikum

Salam sahur di pagi rabu buat rakan-rakan blog

Tak kusangka cempedak jadi nangka.Aku merupakan blogger baru menggunakan blogspot.com ni.Ternyata menjadi pilihan hati En Ben Ashaari yang famous lagi macho di alam maya ni.:))
Thank you for ur supports blogger..Cheersss


p/s:Lepas ni siapa pula jadi pilihan hati.

Tuesday 9 August 2011

Student zaman sekarang agak manja..

Assalamualaikum wbt.

Dalam kesibukan aku membuat kerja, tiba-tiba mendapat sms dari seorang adik kepada kawanku.' Salam Kak Ros, kitorg kene buat final projek pasal qs, IBS, green technology.Kak Ros ada idea tak nak buat projek depends antara 3 tadi?

Waduh adikku, if  I'm as a lecturer..will ask them to go back to your home, take a bath then go to sleep.Inilah attitude student zaman sekarang. Malas nak fikir.Aku tak kata semua student begitu.Tapi kalau etika malas nak buat research dan fikir, aware tentang isu semasa atau bidang yang dipelajari..sampai kerja pun nak kena 'spoon feed'.

Dahlah sms sahaja, apa-apa info pun tak ada.Macam ni ke kualiti student kita di Malaysia.Anak-anak zaman sekarang memang terlalu manja, tak tahu susah. One of my lecturer informed me, student sekarang nak register masuk universiti pun mak bapak hantar dan tolong isikan borang.Ini pun sikap mak bapak juga yang manjakan anak-anak. Kalau zaman mak bapak kita..(Zaman Tun Mahathir) masuk sekolah darjah satu pun cuma kat depan pagar sekolah.Sebab itu zaman kami ramai yang tahu berdikari.

Aku tak kata aku ni bagus.Tapi aku dah belajar banyak perkara dan pengalaman..Memang aku ada Dip., Deg. dan Msc.dan dari knowledge yang kita pelajarilah baru kita tahu erti sebenar belajar.Belajar menggali ilmu yang ada dalam dunia ni, yang itu hanya baru secubit sahaja.Kalau kamu berjaya, bukankah berbaloi..kerana itulah hasil usaha, susah senang kamu untuk berjaya.

Apa yang aku boleh sarankan, kamu pergi buat research dan dapatkan maklumat sebanyak yang mungkin bagi 3 tajuk tersebut then rujuk balik dengan aku.Waduh..lecturer diorang ni pun satu.Tak savvy langsung.Bagilah tips nak buat tugasan tu.Conthnya cara-cara nak buat research ke..at least student kamu tu faham...

Riches and greatest nation downgraded, who are we then!

US loses AAA credit rating after S&P downgrade

One of my fella told me 'a repeat of 1997 Financial fiasco is on the way hitting our beach...and it will be hard'.
I'm sure the global issues nowadays is the economics are getting unstable.Infact, negara kita mengalami beban hutang yang banyak, can't imagine wat will happen soon.So please used the money wisely ya frens.
Baca artikel selanjutnya seperti dibawah:
http://www.bbc.co.uk/news/world-us-canada-14428930

Bonus raya...Alhamdulillah

Assalamualaikum

Bangun tidur je dapat makluman dari kawan aku.Tahun ni dapat bonus at least RM500.That's the minima amount will be paid to the government officer. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya staff sokongan dapat kurang bebanan menyambut hari raya.Itu bagi staff yang tak ada pendapatan sampingan.Kalau staff yang ada banyak duit sampingan. lagi masyuk.

Sekurang-kurangnya kerajaan prihatin tentang kakitangan kerajaan, walaupun tidak mendapat bonus berbulan-bulan.Aku harap kerajaan buat penyelarasan gaji secepat mungkin memandangkan taraf hidup sekarang ini menuntut perbelanjaan yang tinggi. Ramai penjawat awam 'gali lubang tutup lubang', pinjam personal loan untuk sara hidup, pelajaran anak-anak etc.

Kita kena menyimpan dan belanja berhemah bermula dari rumah.Bukan dalam jabatan kerajaan sahaja, yang mana menuntut akauntabiliti awam.Semakin membesar anak-anak semakin banyak belanja.Kecik-kecik kena beli pampers dan susu, bila dah besar pandai demand,maka hampir sama dengan perbelanjaan orang dewasa. Masuk sekolah je dah kena hantar tuition, nak bagi anak pandai.Sebagai ibu bapa prlu rancang perbelanjaan anak-anak, masuk takaful,invest emas,dinar or unit trust.

Aku kecik-kecik dulu bawak duit belanja cuma 20-50 sen sehari (sekolah rendah), RM1.00-RM5.00 sehari(sekolah menengah).Tapi sekarang budak-budak boleh bawak RM10.00 sehari.Lagi 10-15 tahun berapa RM agaknya anak-anak kita belanja.Itupun, kalau time tu Malaysia aman damai dan stabil.

Wahai penjawat awam, kita bekerja untuk rakyat dan gaji kita dibayar oleh rakyat.Bonus adalah keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan, banyak untung banyaklah dapat.Sikit untung sikitlah dapat.Moral of the story, setiap jabatan kena belanja berhemah dan used the money wisely.

Monday 8 August 2011

Gastrik Aku Datang...

Assalamualaikum

Office aku ni sejuk sangat.Lagi sejuk..lagilah perut ni kuat berkeroncong.Kerja aku setimbun macam gunung.Orang itu ini tau nak push je suruh cepat.Ingat aku ni robot ker.Maklumlah diorang nak jaga performance diorang.Aku dan rakan-rakan ni buat kerja macam robot.Memanglah itu tanggungjawab kami, tapi faham sahajala.Kami ni bahagian yang kecil, tapi nak cover semua untuk satu Malaysia.Staf tak bertambah tapi makin mengecut adalah.Harapan for the next RMK10 ni, kurang sikit permohonan.

Perut sabar ye, jangan keluar asid tau..nanti aku muntah, batal pulak puasa.Oh ya, macamana aku dapat penyakit gastrik ni.Dulu masa aku mula-mula kerja (tahun 2002), kerja tak menentu masanya, aku sedar dapat gastrik pada tahun 2003 kalau tak silap.Maklumlah, duduk bujang, makan berjimat.Bukan ikat perut, tapi macam malas nak makan. Selalu makan pagi jam 9.00 sekali dengan lunch.Then malam baru makan.Ditambah lagi dengan stress, maka lagi activelah perut aku bertindakbalas.Pernah terbaca, gastrik kalau tak dijaga boleh jadi kanser perut.Harap-harap dapat dijauhkanlah.

Alhamdulillah puasa kali ni aku masih boleh bertahan, setiap kali aku nak puasa aku mesti makan spirulina brand Zhulian.Harga kira ok tak semahal product lain.


GREENLEX ORGANIC SPIRULINA
A Nutrient-rich Complete Food


  • Each tablet contains 200 mg of certified organic Spirulina platensis.

  • Certified Organic Spirulina.

  • Balanced, Nutrient-rich Whole Food.

  • Stringent Quality Control System.

  • Convenient and readily digested.


  • GREENLEX ORGANIC SPIRULINA is made of organically grown Spirulina platensis which is free from any herbicides, pesticides, synthetic fertilisers and any form of pollution or contamination. Spirulina contains a high concentration of essential nutrients and important trace elements such as beta carotene, Vitamin B12, chlorophyll, Selenium, Zinc, Chromium, Iron and Manganese but low in sodium. Spirulina is also rich in complete proteins containing all the essential amino acids and gamma-linolenic acid (GLA), an essential fatty acid required in human nutrition.


    GREENLEX ORGANIC SPIRULINA is from pure strain of spirulina platensis which is cultivated with pollution free mineral water through natural photosynthesis to encompass the organic nutrients using modern equipment and advanced microalgae biotechnology. Strict control is implemented at every process to ensure the product meets the stipulated quality standard. Made into a smaller and more compact chewable tablet form, it is ideal for both young and old. Spirulina applied contains 70% easily digestible protein.




    Apabila berbuka dan bersahur dengan keluarga

    Assalamualaikum

    Semasa bulan puasa kita harus menahan nafsu lapar dan dahaga serta rohani. Dulu masa aku kecik-kecik, time bulan puasa aku berani dalam gelap sebab dengar orang kata syaitan semua dah kena ikat.Maka, takde hantu nak kacau dan main cak-cak. Oleh kerana syaitan dah kena ikat, mestilah kita sebagai manusia kurang marah-marah,kurang buat perangai.Tapi manusia tiada yang sempurna, so masa bulan puasa kita boleh tahu perangai manusia sebenar (tanpa kacau ganggu syaitan).

    1.Makanan mesti penuh atas meja dengan nasi ayam, nasi minyak,soto,laksa,kuih-muih,murtabak,air sirap bandung,roti john.
     Bila makan mesti berebut-rebut sebab takut tak dapat merasa,maklumlah keluarga besar, tapi hakikat sebenar, bila buka puasa bukan boleh sumbat semua pun.

    2. Apabila ramai orang maka ada lebih banyak air.
    Tu tak kira berjag-jag air.Air cendol,ABC,sirap bandung cincau,air teh tarik..semua nak kena sediakan.

    3. Meja kecik.
    Ada yang kena duduk bucu meja,atas tangga,bawah meja. Kena beli kerusi extra sebab ramai orang.

    4.Pinggan dan cawan tak cukup
    Ada yang kena makan dalam mangkuk,ceper atau piring.Minum dalam cawan pun kena kongsi.

    5. Setiap orang ada selera tersendiri
    Tak semua makanan menyelerakan tekak semua orang.Ada yang merungut-rungut masa berbuka, tak sedaplah, komplen itu ini.Senang cerita masak sendirilah ye.

    6. Makan tak ingat dunia
    Ada kalangan orang makan tak kisah orang lain, sebab puasa katakan, perut dah lapar. Anak-anak meraung pun tak endah.Mak mertua lalu pun tak nampak, sebab dah lapar kebulurlah tu.

    7. Hentak-hentak pinggan dan cawan
    Ini kategori dah lapar bangat.Ada orang bila lapar perangai macam singa..Mengaumlah jawabnya.Bila mintak tolong pas makanan dia boleh swing lauk kat orang yang duduk jauh.Maklumlah nak ambil makanan tak sampai.Orang tu pun lapar jugak macam dia.

    8. Ada orang fokus makan dan senyap
    Dia malas nak bising-bising,makan dengan penuh penghayatan.Janji perut kenyang.

    9. Bergaduh depan makanan
    Selalunya yang jadi pergaduhan apabila ada orang yang mula nyalakan api.Masa tu selera mesti terbantut.

    10. Lupa baca doa
    Bila dah lapar sangat, doa pun lupa baca. Kan lebih berkat baca doa berbuka.

    11. Time tu nak buka puasa,time tu anak-anak meragam
    Sabar ye, itulah dugaan namanya.Bagi yang ada orang gaji tu, suruh orang gaji jaga anak-anak.Tapi pastikan dia dah minum atau makan sikit. Bila korang dah makan, pastikan orang gaji tu makan, barulah jaga anak.Kalau anak-anak dah besar dan pandai berdikari,apa kata ajak dia makan bersama.Kan seronok bawa anak berbuka bersama.Baru nampak anak tu makan ke tidak.Asyik-asyik suruh orang gaji je yang bagi makan. Nanti kalau anak-anak bising sebab lapar, kamu marah pulak orang gaji,'Kenapa budak ni lapar!'


    12. Nasi tak cukup
    Tak tahu nak budget berapa ramai makan, sebab kadang-kadang ada ahli keluarga berbuka kat luar, maklumlah nak Berbuka Bersama... (ada budget atau orang berlanja berbuka).Lain kali bagitau awal-awal nak berbuka kat rumah.


    13. Lambat solat
    Maklumlah bila berbuka ramai-ramai dan banyak cerita nak story mory, solat maghrib pun lewat.Bukankah wajar menyegerakan solat dan berbuka dimulakan dengan kurma dan air sahaja dulu.


    14. Memasak waktu sahur
    Tak semua orang nak bangun awal tolong sediakan juadah sahur. Ada yang beli siap semalam dan hangatkan kat dapur. Ada yang bangun sahur minum air kosong dan kurma sebiji.Moral of the story, makan sahur tak perlu masak hebat-hebat, goreng telur pun dah cukup.Hehe..tu orang malas namanya.


    15. Kena paksa dengar ceramah
    Sebab kita dah mengantuk dan terpaksa makan, mak-mak kita mesti membebel suruh makan. Tapi saat tu paling indah, sahur dengan mak.

    Moral of the story, tak kira masa puasa atau tidak bila berhadapan dengan rezeki perlu makan dengan berhemah. Lagi pun tak semua keluarga meriah dan seronok waktu makan. Apapun tepuk dada tanya iman. Jangan salahkan syaitan ganggu nafsu kamu.

    p/s:Tak pernah bergaduh depan makanan dengan keluarga, mak tak pernah didik kami begitu.Rindukan masakan dan hidangan mak yang penuh kasih sayang.Saat berbuka yang paling indah apabila semua abang-abang ada pada hari terakhir berpuasa ;)

    Friday 5 August 2011

    Semua sebut tentang BONUS

    Assalamualaikum

    Sejak dapat tau Kerajaan nak beri orang-orang felda BONUS nak raya ni, ramai rakyat mengeluh..PM Najib bila nak bagi Bonus?Dah lama kami tak dapat BONUS.Apa yang anda faham tentang BONUS?Adakah anda berhak mendapat BONUS?

    Orang kata, buat belanja duit raya sebab harga barang banyak dah mahal.Walaupun ada kerajaan pantau tapi ada sesetengah peruncit or peniaga tetap berani naikkan harga barang.Sekarang ni pun aku dapat tau, harga kuih raya pun naik mendadak.So lebih baik korang buat kuih raya sendiri dan pakai baju raya yang lepas-lepas.

    Kalau takde Bonus, takdelah nak bagi duit raya pada budak-budak,nak shopping beli baju baru,nak pakai kereta baru,nak beli langsir baru,kasut baru,beg tangan baru dan seluar dalam baru.Pada pandangan aku, semua orang memang nak menyambut raya dengan meriah, kita tak boleh harapkan duit bonus juga (lainlah kamu rasa kerja kamu bagi keuntungan besar buat majikan,memang wajar dapat bonus) jadi kena rancang perbelanjaan dari awal tahun sebelum raya. Aku faham, kalau ada bonus untuk raya, dapatlah aku bagi duit raya lebih kat keluarga dan sedekah pada yang memerlukannya.Tapi bagi yang kerja gomen, duit bonus merupakan hadiah paling bermakna untuk sambut raya, sekurang-kurangnya boleh menjana balik ekonomi negara dan secara tak langsung para peniaga di luar sana dapat juga duit raya. Pusing-pusing kat situ juga kan. Lagipun sekurang-kurangnya orang kerja gomen semua dapat merasa duit bonus samarata (tak kira kerja kamu tu bagus atau tidak sebab kerajaan banyak sangat ihsan).Bagi yang kerja private, ada yang buat kerja teruk tapi dapat bonus sikit bagi yang pandai ampu bos dapat bonus banyak, berbulan-bulan.Tak adil juga bukan?Itu semua pandai-pandailah majikan dia jawab kat kubur.

    Wednesday 3 August 2011

    MARI MENAMBAH FOLLOWER BERSAMA HANNAH TOTS



    Chomel bangat baby Hannah Tot ni.
    Hannah Tot ada menyediakan entri menambah follower/blogger baru..Apakata kita join entri tersebut.


    SYARAT PENYERTAAN:
    1. Buat satu entri bertajuk: MARI MENAMBAH FOLLOWER BERSAMA HANNAH TOTS
    2. Letakkan gambar entri ni, baby Hannah main FB
    3. Linkkan kepada entri ini.
    4. Siap entri?! Letakkan link entri anda dalam ruangan komen di bawah.
    http://petuapakar.blogspot.com/2011/07/mari-menambah-follower-bersama-hannah.html

    TARIKH TUTUP:

    • 5 AUGUST 2011 (23:59)

    Apek(Penjaga Gol Malaysia) Telah Menjawab 10 Isu Berbangkit Mengenai Putus Tunang

    Apex telah menjawab 10 isu yang berbangkit demi menjelaskan keadaan yang sebenar tentang kesnya putus tunang dengan Elia.




    1. Keputusan Nekad Putus Tunang

    "Sebenarnya keputusan saya mahu putuskan tali pertunangan dengan Elia,bukanlah keputusan yang dibuat secara terburu-buru. Saya sendiri sudah pun berbincang dengan keluarga saya. Malah, saya sendiri ada menghubungi Elia untuk berbincangkan tentang keputusan penting ini.Namun,Elia seakan tidak memberikan sebarang kata-kata sama ada mahu atau tidak. Dia memberikan tanda tanya kepada saya. Terpulanglah jikalau dia mengatakan saya tidak ada berbincang dengannya.

    Insya Allah,dalam masa terdekat ini keluarga saya akan datang berjumpa dengan keluarga dia untuk mengesahkan perkara ini dengan lebih rasmi. Apapun, saya memohon maaf andaikata keputusan ini menyinggung hati banyak pihak. Saya merasakan ini adalah keputusan yang terbaik buat Elia, saya, keluarga dan sesiapa saja yang terlibat secara langsung atau tidak.

    2. Tiada Kena Mengena Orang Ketiga

    Sudah pun saya jelaskan sebelum ini, keputusan putus tunang tiada kena mengena dengan orang ketiga. Apatah lagi dengan wanita yang bernama Dahlia itu. Saya mengaku memang saya berkawan dengan Dahlia. Namun hubungan saya tidak lebih sebagai abang dan adik. Lagi pun, Dahlia adalah kawan sekampung saya. Umur dia baru saja 18 tahun. Saya pun rapat dengan famili Dahlia dan menganggap mereka sebagai keluarga angkat.

    Minta maaf semua kerana saya tak boleh nak jelaskan lebih panjang tentang kes orang ketiga ini. Saya takut, jika makin saya buka mulut perkara yang tidak sepatutnya diketahui umum tersebar tanpa pengetahuan saya. Malah, saya tak mahu orang berprasangka buruk lagi terhadap kami berdua. Cukuplah sampai di sini saja. Saya tak mahu aibkan orang. Biarlah saya telan sendiri kepahitan yang menghantui diri saya ini. Apapun, saya berterima kasih kepada pihak yang mengambil berat tentang diri saya terutama sekali pihak media."

    3. Tuduhan Dirinya Sebagai Kaki Perempuan

    "Sebaik saja saya mendengar dakwaan tentang saya ni kaki perempuan, saya nak tergelak dan tertanya-tanya bagaimana cerita sebegini boleh tersebar. Setiap hari, jadual saya sibuk dengan latihan bola sepak sehinggakan saya tiada masa untuk bersosial bersama dengan rakan-rakan rapat. Sampaikan saya tiada masa untuk pulang ke kampung. Malah, bila saya diberikan cuti, saya lebih gemar pulang ke kampung dan berehat bersama keluarga di Kelantan.Tentang gambar-gambar saya dengan perempuan yang tersebar itu, saya hanya boleh cakap, ada antara wanita dalam gambar itu saya sendiri tak kenal siapa namanya melainkan dia adalah kawan saya. Saya cuma tahu wanita-wanita itu adalah peminat saya yang menyokong karier saya sebagai penjaga gol kebangsaan.

    Saya boleh mengaku,adakala saya keluar dengan teman perempuan lain selain Elia tetapi waktu itu saya keluar beramai-ramai bersama kawan saya yang lain. Mungkin, jika ada orang ternampak saya keluar berdua saja kerana waktu itu kawan saya yang datang bersama pergi ke tempat lain. Jadi, ia secara kebetulan saja. Apapun, salah ke saya ni nak keluarga berbual dengan perempuan. Sebagai umat Islam, saya tahu batas pergaulan lelaki dan perempuan.

    4. Isu facebook

    Disebabkan terlalu sibuk, saya sendiri tiada masa untuk mengemas kini facebook saya. Untuk pengetahuan semua, sekarang ini facebook saya tidak lagi diaktifkan bukanlah kerana saya. Saya sendiri tak tahu akaun saya sudah tiada lagi. Apa yang saya tahu, akaun Facebook saya sudah pun dihacked.Jadi, saya minta kepada semua penyokong saya, agar jangan terlalu mempercayai apa yang tertulis di ruangan facebook itu. Sekarang ini, saya masih belum berkesempatan untuk membuat akaun baru. Insya-Allah, bila masa sesuai, saya akan mewar-warkan pada semua tentang akaun facebook saya yang baru.

    5. Tidak Menjawab Panggilan Telefon Dari Elia

    Saya tidak pernah sekali pun mengelak panggilan telefon dari Elia. Mungkin jua, masa dia menelefon saya waktu itu, saya sedang sibuk dengan latihan dan perbincangan. Terus-terang, komitmen saya makin besar. Mungkin, apa yang Elia sampaikan itu adalah salah faham saja. Sebelum saya membuat keputusan menghubungi media Jumaat lalu (29 Julai 2011), saya memang ada menelefonnya.

    6. Campurtangan Pihak Keluarga

    Untuk memilih siapakah yang bakal menjadi suri dalam hidup kita perlulah menitik beratkan banyak perkara. Jadi, saya tidak boleh pentingkan diri sendiri. Sungguhpun saya dah berkahwin nanti, sebagai lelaki, tanggungjawab saya lebih besar pada keluarga.Memang benar, apa yang berlaku sebelum ini ada melibatkan campurtangan dari kedua-dua belah pihak. Namun, biarlah saya seorang saja yang tahu. Sekali lagi, saya tak mahu mengaibkan orang lain. Saya hanya mampu melafazkan terima kasih kerana mereka sangat mengambil berat tentang saya.

    7. Berpegang-tangan,berikan kasut dan kereta lama kepada Dahlia

    Semua tuduhan ini adalah fitnah semata-mata.Saya tidak pernah membuat semua perkara ini. Malah,saya bukanlah kekasih baru Dahlia atau pun Sugar Daddy kepada Dahlia. Saya tidak pernah membelikannya kasut baru.Malah,saya sendiri tak ada pun memberikan kereta lama saya pada Dahlia. Kereta itu ada pada kakak saya dan kereta tersebut adalah kereta lama saya sebelum saya beli kereta baru. Kereta itu pun atas nama kakak saya bukan saya.

    8. Sudah Lupa Diri

    Sebagai hamba Allah, kita tak boleh lari dari melakukan kesilapan.Jika benar orang mendakwa dan lihat saya ni sudah lupa diri, saya minta maaf. Namun, sebagai manusia yang ada pendirian, saya rasa saya masih lagi Apex yang dulu. Insan dicipta tidak sempurna. Adakala manusia tidak sedar adakah perkara itu benar atau pun salah. Kadang-kala perkara itu benar bagi saya tetapi tidak bagi orang lain.

    Apa yang saya tahu, saya bukan Apex yang dulu sebab kini ramai yang yang mual kenali diri saya. Saya tahu ini adalah tanggungjawab yang diberikan kepada saya. InsyaAllah, saya akan pikul tanggungjawab ini dengan sebaiknya. Namun, saya tahu bukan mudah nak puaskan hati semua orang. Apa yang saya boleh lakukan, hanya melakukan sesuatu yang boleh mengharumkan nama negara ke peringkat lebih tinggi.

    9. Gila Glamor dan Cari Publisiti Murahan

    Saya bukan gila glamor dan cari publisiti murahan. Apa yang saya peroleh sekarang ini adalah hasil penghormatan ikhlas dari anda semua. Saya tak pernah pun terhegeh-hegeh untuk cari populariti. Saya hanya laksanakan tugasan saya sebagai penjaga gol kebangsaan.Keputusan putus tunang ini pun diberitahu media kerana saya tahu, media adalah orang terdekat yang boleh memberitahu kepada semua orang cerita sebenar saya. Saya mahu berlaku adil pada diri saya, keluarga saya, keluarga Elia dan semua penyokong saya.

    10. Memohon Maaf

    Saya masih belum berjaya lagi. Saya masih lagi berusaha untuk menjadi terbaik. Kalau boleh saya mahu cipta sejarah baru. Apapun, saya tidak akan lokek untuk meminta maaf andaikata perkara yang berbangkit ini datang dari kesilapan saya. Mungkin, waktu itu saya tak sedar apa yang saya katakan sebelum ini membuatkan hati orang lain terluka. Saya hanya mampu meminta maaf. Tak kisahlah sebesar zarah seseorang itu melakukan kesalahan, sebagai makhluk yang dicipta Allah, meminta maaf adalah jalan terbaik.Saya harap, semua dapat terima dengan segala penjelasan ini.

    Selepas ini, saya mahu terus berbakti kepada negara dan mahu lebih fokus pada karier. Namun, saya tahu saya tak boleh lari dari berkongsi kisah peribadi saya. Insya-Allah, jika perlu saya akan berkongsi. Kepada pihak media yang lain, saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan kerjasama. Saya terharu dengan keprihatinan anda semua. Saya tahu, anda semua hanya melakukan tugasan anda. Kalau saya ditempat anda, mungkin jua saya melakukan perkara yang sama. Sekali lagi, saya minta maaf kepada semua dan terima kasih kerana menyokong saya tanpa putus.

    Sumber:http://www.Murai.com dan http://badutrakyat.blogspot.com

    Pendapat aku:


    Sebenarnya mereka berdua ni ada masalah komunikasi dan belum mengenali diri antara satu sama lain. Mungkin Apek terlalu sibuk dan perlu fokus dengan kerjayanya dan mungkin Elia inginkan perhatian dari Apek.Mereka berdua perlu menjalani sesi kaunseling sekiranya masih ada kekuatan perasaan 'Sayang dan Cinta'.Mereka perlu muhasabah diri dan tahu kelemahan masing-masing.Mungkin Apek takut nak beri komitmen kerana itu dia memutuskan pertunangan.Setiap manusia tiada kesempurnaan, maka kita perlu bertoleransi dan faham-memahami.Mereka masih muda dan perjalanan hidup serta karier masih setahun jagung.


    p/s:Moral of the story nak kawin or bertunang kena fully prepared. Belajar erti tanggungjawab dan usia terlalu muda punca terlalu mengikut perasaan dalam membuat sebarang keputusan. Penulis pun banyak makan garam dengan kehidupan.Life goes on...

    Tuesday 2 August 2011

    RM118 instead of RM300 per person for 4D3N Chiang Mai Free & Easy; includes Hotel Accommodation + Airport Transfers from Lohas Travel & Media [61% OFF]

    Sesiapa merancang nak pi bercuti jom tengok kat MILKADEAL

    Berbaloi!!



    Kenangan sahur di bulan Ramadhan

    Assalamualaikum

    Aku dapati entri macam ni dah banyak bloggers shares.Aku pun tak terkecuali untuk berkongsi kisah sahur saya .Almaklumlah, Pak Nil and The Gang tengah hangat membicarakan isu kenangan sahur pagi ini di Radio ERA. Aku teringat zaman aku kecik-kecik terpaksa bangun pagi untuk bersahur.Mak aku pasti sudah bangun awal menyiapkan juadah untuk kami bersahur, dari bilik mak aku dah jerit.Adik...Bangun!!Aduii..malasnya nak bangun, dahler mengantuk.Aku memang cukup malas nak bangun sahur. Aku terpaksa bangun dan duduk di meja, tapi mata aku masih pejam..Ngantuk weh!!

    Teringat Abang Cik aku kat bilik, masih sedap ngorok..Mak jerit lagi..Zaman!!Bangun..eheh tu nama dia..berkali-kali juga lah kena panggil dia.Tapi yang cukup lawak, bila abang aku dah bangun dan duduk di meja makan, dia boleh tidur lagi.

    Bila aku dah masuk universiti, kena berdikari jugalah kan.Nak bersahur taktau macam mana.Dulu masa kat Kolej Tun Fatimah (UTM), aku dan room-mate aku pergi beli nasi kosong kat cafe.Setiap hari juga kami beli nasi kosong je.Nak makan roti sure tak tahan, sebab kena berjalan kaki setiap hari ke fakulti.Room-mate aku ni kategori akak jugalah, maklumlah anak sulung, setiap kali nak puasa mak dia selalu kirim serunding daging dari Kelantan..memang sedap giler serunding tu.Sampai aku kawin ni pun selalu kirim serunding daging dia.
    Bila time sahur, bilik aku jadi port bersahur, maka jiran bilik sebelah pun join sama, kami makan nasi putih dengan serunding. Sedapnya tak terkira.Itu zaman aku baru nak berdikari, bila aku dah langkah panjang, zaman aku belajar di UiTM, kami serumah pagi-pagi buta ke INTEKMA Sec 6, bersahur.Heheh..macam orang kaya je kan..walhal tengah belajar.


    Bila aku dah kawin, harus bangun untuk bersahur sebab aku kan gastrik, kena makan heavy sikit.Tapi hubby aku malas nak makan sahur, dia lebih suka minum air dan beberapa biji kurma sahaja.Nak ikutkan memang tak syiok sahur makan heavy seorang, maka aku kena masak makanan kegemaran dia sebagai umpan..:).Boleh gitu...




    Monday 1 August 2011

    We Won!

    Assalamualaikum

    Semalam ada Family Day yang dianjurkan oleh pejabat suamiku.Bowling Tournament di Alamanda dan aku terpaksa menjadi partner suamiku berlawan dengan team-team lain.Kami tak practice langsung dan aku memang dah lama tak main bowling sejak berkahwin.Dulu masa bujang-bujang pernah juga wakil jabatan (tapi kalah..ngeee)

    Tanpa disangka, kami menang mendapat tempat ke 2.Kalau tak jemput pemain luar (lawyer firm-sebab dia lengkap dengan bola,kasut and glove), confirm kami dapat 1st Prize.Tapi takpe, setakat hamper je lainlah dapat tiket pi bercuti ke oversea.

     Sempat juga kami posing

     Hubby tunjuk skill, banyak kali juga strike

     Tenung bola tu ke arah mana saja tunjuk skill
     
     Syukur dapat No 2.

    Salam Ramadhan Buat Bloggers

    Assalamualaikum..

    Hari ini kita semua telah mula melakukan ibadah berpuasa.Harapan segala amalan kita di bulan yang mulia ini mendapat keberkatan dari Allah Ta'ala.

    So sad today, aku kena MC sebab tekak aku kena faringilitis, ada infection kat wall tekak aku.Dulu aku pernah buang tonsil (Bulan Mac) sekarang bila dah baik kena kat dalam tekan tu pulak.So Dr Badrul pagi tadi bagi aku ubat serta antibiotik.Aku terpaksa makan ubat huhuk.Jeles sebab orang lain berpuasa, aku terpaksa batal sebab kena makan ubat.

    Kepada rakan-rakan yang boleh berpuasa, teruskan ye..if tak puasa kena bayar balik tau.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...