Check This Out Babe!

Wednesday 29 June 2011

Seronoknya dia..

Menjelang subuh, si kecilku sudah mula merengek-rengek minta dibangunkan..then si kakak mula memekak dan meraung sebab aku tinggalkan dia.Mama nak pergi kerjalah!Si papa pula bukan memujuk tapi lagi menyakat, maka lagi kuatlah raungan si kakak.Si adik aku dah hantar pada Bibik..amik kau..jaga dia dan bagi susu.

Twinkle..twinkle little star...nyanyian papa pada kakak..Terus stop menangis dan gelak mendengar nyanyai papa yang tak seberapa merdu tu.Rupanya nak kita nyanyi..masaklah setiap kali bangun tidur kena nyanyikan lagu or layan dia. Maklumlah, as parents yang berkerjaya ni, semua kena pantas mengurus masa.Kalau tidak alamat, jalan jam then lambat ke pejabat.

Pagi tadi ibu mertuaku bagitau, adik dah pandai berjalan dah...Wah!!mama tak tahu pun perkembangan si kembar ni waktu siang.Jumpa time 7.00 malam till 7.00 pagi saja.Sebelum aku melangkah keluar, sikembarku sudah gelak-gelak gembira.Mama bukan nak bawak korang pergi jalanlah..nak pergi kerja.Nasib baik adik faham.si kakak tak pernah faham sebab nak melekat je macam siput sedut kat batang pokok bakau.

Mama nak tengok adik jalan,maka aku mula memimpin dia..tatih..tatih..yeay..adik dah mula melangkah laju dengan confidentnya.Si kakak ni bila lagi..adik selalu advance dari kakak.Seronoknya dia...

My lovely twins

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...